Tak Nak Gaduh Dengan Kakak Rebut Lelaki, Wanita Rela Bekas Kekasih Jadi Abang Ipar

Sebagai seorang Muslim, pasti kita sudah tahu bahawa jodoh, rezeki dan ajal maut seseorang adalah rahsia Allah SWT dan ianya sudah ditetapkan semenjak kita masih berada dalam kandungan lagi.

Baru-baru ini, viral satu kisah mengenai seorang wanita mendakwa bekas teman lelakinya telah berkahwin dengan kakaknya sendiri.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Suara.com, wanita tersebut mengakui sudah merelakan bekas teman lelakinya itu mengahwini kakak kandungnya. Berdasarkan video pendek yang dikongsikan di TikTok, Jemebesemahasli mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin tersebut. Jelas wanita ini lagi, dia ikhlas menerima dan sudah menganggap lelaki itu sebagai abang iparnya.

Selamat pengantin baharu buat kakak dan bekas kekasih. Semoga kalian membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Bercinta dengan saya,  namun akhirnya jodoh dengan kakak saya sendiri.

Tidak terhenti di situ, wanita ini memaklumkan dia reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan buat dirinya. Malah dia juga sudah menerima kenyataan bahawa selama ini dia telah ‘menjaga’ jodoh kakak kandungnya sendiri. Tambahnya, dia lebih rela mengalah daripada bertengkar dan bermasam muka dengan kakaknya sendiri kerana berebut lelaki.

Video

Video yang dikongsikan itu telah ditonton hampir 500,000 kali dan kebanyakan netizen mengagumi ketabahan wanita ini. Malah tidak kurang juga ada di antara mereka mendoakan agar wanita ini akan bertemu dengan jodoh yang lebih baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://ohbulan.com

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *