Kerajaan Setuju Benar Rentas Negeri, Tapi Akan Berkuatkuasa Bila Semua Ni Sudah Dicapai

KERAJAAN bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas negeri, namun ia hanya akan berkuatkuasa apabila kadar v4ksinasi dewasa mencapai 90 peratus berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu merupakan antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan P4ndemik, pada Rabu.

Untuk rekod, setakat Selasa (21 September), Malaysia telah mencapai kadar 80 peratus populasi penduduk dewasa yang lengkap menerima imunisasi Cov1d-19

Selain itu, terdapat beberapa kelonggaran yang bakal dilaksanakan melibatkan premis pelancongan dan operasi perniagaan melibatkan pelbagai sektor.

“Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut adalah:

1) Kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa 23 September 2021.

2) Membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.

3) Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness), dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober 2021.

4) Premis pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuatkuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha/operator dan pengunjung lengkap divaksin.

5) Kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

6) Warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara, manakala bagi warganegara adalah percuma.

7) Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa bagi Negeri Sembilan (Fasa 3 kepada Fasa 4), Pahang (Fasa 2 kepada Fasa 3) dan Johor (Fasa 1 kepada Fasa 2) berkuatkuasa 24 September ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *