“Aku Masih Sabar”- Uncle Kentang KesaI, Kereta Sumbangan Diros4kkan

Tular di laman Facebook milik Kuan Chee Heng atau lebih mesra dikenali sebagai Uncle Kentang, berkongsi rasa sedi1h kerana kenderaan yang dihadiahi rosak akibat kemal4ngan dan tambah mengecew4kan kos baik pulih di tanggung olehnya.

Kereta Rosak Ditanggung Uncle Kentang

Uncle Kentang sangat dikenali ramai kerana sering memberi bantuan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama. Semalam di laman Facebooknya, Uncle Kentang mengatakan dirinya masih tetap bersabar walaupun perkara sebegitu berlaku.

“Susah lah ini macam. Kasi kereta, kereta kasi ‘wrecked’. Kami lah jadi m4ngsa nak ‘repair’. Aku masih sabar.”

Foto – Facebook Kuan Chee Heng

Sepatutnya Pemilik Kereta Bertanggungjawab

Melihat posting di Facebook Uncle Kentang, orang ramai berkongsi pandangan diruangan komen Uncle Kentang. Masing-masing bersuara bahawa pemilik kenderaan tersebut yang sepatutnya bertanggungjawab membayar kos baikpulih kereta tersebut.

Foto – Facebook Kuan Chee Heng

“Letakkan tanggungjawab pada dia yang diberi kereta. Tidaklah kos 100% ditanggung oleh uncle/dana. Biar dia juga belajar erti hidup. Tak semua percuma.”

“Uncle tolong jangan benarkan orang ambil kesempatan atas kebaikan dan niat baik uncle.”

“Walaupun hati uncle baik ingin membantu orang dalam kesusahan, tapi orang tersebut perlu belajar bertanggungjawab walaupun uncle bantu bayar baikpulih kereta.”

Netizen Pesan Baik Berpada-Pada

Dalam masa yang sama orang ramai juga menasihati Uncle Kentang agar berbuat baik berpada-pada, supaya individu yang menerima sumbangan dapat belajar bersyukur dan bertanggungjawab.

Foto – Facebook Kuan Chee Heng

“Buat baik berpada-pada uncle.”

“Kereta sudah bagi, ‘repair’ pun kena bagi.. Kem4langan atau tidak sepatutnya tanggungjawab dia.. Kalau tolong biar berpada-pada uncle.”

Ada betulnya kata netizen, buat baik berpada-pada. Apa-apapun tabiklah pada Uncle Kentang, murah hati beri sumbangan pada yang memerlukan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : muraimy

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *