“Makin Galak Cakap Benda Macam Tu Sampai Malam,”-Rafidah Ibrahim Saran Kaum Wanita Lebih Tegas

Penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim, 35, menyeru agar semua kaum wanita bersikap lebih tegas dan tidak membenarkan mana-mana golongan lelaki dengan sewenangnya menggunakan kata-kata berunsur g4tal atau luc4h kononnya atas tiket satu gurauan.

Menurut Rafidah, perkara itu seharusnya dilihat serius kerana jika dibiarkan berterusan ia tidak mustahil mampu membawa kepada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Foto: IG

“Ini cerita pengalaman sendiri. Saya pernah bekerja di sebuah tempat. Pada awalnya, kata-kata berunsur g4tal atau luc4h cuma mungkin terlepas dek bergurau. Tapi ternyata, salah tafsiranku.

“Tapi makin hari, makin galak pula lelaki tersebut bercakap perkara luc4h sehinggakan di malam hari, melalui telefon pun masih bersikap sedemikian. Lebih mengecew4kan lagi, apabila hal itu disokong isterinya.

“Allahuakbar. Apa nak jadi nasib pada isteri dan anak dara orang yang bekerja di luar sana?”katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Tambah penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang ini lagi, menerusi satu sesi bual bicara dengan seorang pensyarah dari Indonesia, Yusria Ahmad di live Instagram sebelum ini, dia pernah bertanyakan apa tindakan yang perlu dilakukan dalam situasi janggal seperti itu.

“Pensyarah tersebut menyebut, kata-kata yang tidak selesa untuk didengari, itu bukan hak kita. Jika masih berterusan, maka letak jawatan! Allahuakbar, besar sungguh ujian wanita akhir zaman.

“Saya bertanya lagi, bagaimana pula orang lelaki yang sangat suka makan atau minum bekas wanita tanpa pengetahuannya? Tetapi jika bekas lelaki ‘dia’ bereaksi geli? Pensyarah katra, jika perkara sebegitu, orang itu sakit di dalamnya sama ada mental atau jiwanya.

“Tidak mustahil, dia boleh melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keinginannya. Panjang lebar lagi yang ingin dikongsikan. Tapi cukuplah sampai setakat ini dahulu,”katanya.

Dalam pada itu, Rafidah menasihati pengikut dan peminat wanitanya agar sentiasa menanamkan prinsip untuk menyelamatkan maruah diri.

“Hari-hati para wanita. Selamatkan maruah dirimu. Sesiapa yang ada atau pernah dengar pengalaman berkaitan gangguan seksu4l , boleh kongsikan dengan saya dan mudah-mudahan didengari pihak berwajib,”katanya.

Sumber: Utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.