“Apa Salah Isteri Saya” -Isteri Mengidam Ferrari 5 Juta, Suami Kes4l Isteri Ditvduh Kikis Harta

Jika sebelum ini tular mengenai seorang usahawan mengidam mahu membeli kereta Lamborghini, situasi tersebut seolah-olah turut ‘berjangklt’ kepada seorang lagi ibu hamil bernama Amira Rosli ini.

Dalam nada bergurau, suami Amira iaitu Raja Zulyadiy menguslk k0nonnya wanita itu ‘mengidam’ kereta mewah jenis Ferrari ketika berada di sebuah pusat jualan kenderaan.

Isteri mengidam Ferrari

Menerusi perkongsian video di platform TikT0k, Raja Zulyadiy memohon d0a orang ramai supaya dia dapat memenuhi hasrat isterinya untuk mendapatkan kereta bernilai RM5 juta itu.

“Doakan saya teman2, moga tauke kedai terima duit ‘saidina’ saya demi beli kereta Ferrari untuk isteri tercinta,” selorohnya yang dipercayai bakal menimang cahaya mata sulung.

Bagaimanapun, ‘drama’ pasangan terbabit diambil serius oleh segelintir individu sekali gus menuduh si isteri hanya mahukan harta suaminya dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

“Isteri macam ni dah ada bukti, dia lebihkan harta. Sanggup tipu suami cakap mengidam.. perempuan kalau macam ni dah tertunjuk gila harta,” dakwa seorang individu.

Tidak berdiam diri, Raja Zulyadiy menepis tuduhan berkenaan dengan mengatakan tidak salah sekiranya mereka memasang angan-angan bagi memiliki kereta mewah apatah lagi telah bekerja keras selama ini.

“Dia tak tau ke sayang, kita pagi-pagi meniaga ikan. Takkan orang macam kita tak boleh angan-angan beli kereta Ferrari, Lamborghini.

“Takkan founder-founder jual produk je boleh (beli)? Kita orang ni tak boleh ke? Kita pun nak beli Ferrari juga kan sayang,” luah Raja Zulyadiy.

Video luahan itu menerima lebih 130,000 tontonan selain puluhan komen netizen yang menganggap segelintir individu tidak boleh dibawa bergurau dan gemar bersikap ‘bitter’ di media sosial.

Pasangan ni jarang menunjuk la

Bergurau je tu, semua benda nak hentam

Biar la dorang nak beli apa, bukan duit korang!

Isterinya rendah diri, melawak je tu…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: https://livenewszone.com/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *