Tular Zizi Kirana, Yusof Bahrin Dah Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Dan Hantaran -“Jangan Terkejut Pula..”

Kuala Lumpur: Penyanyi Zizi Kirana, 36, dan pelakon Yusof Bahrin, 29 selamat bernikah di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, jam 10.30 pagi hari ini.

Pereka fesyen yang juga pereka busana pernikahan pasangan itu, Shanell Harun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Alhamdulillah, Zizi dan Yusof dah selamat dinikahkan,” katanya.

Pada majlis itu, Zizi juga penyanyi lagu Eh menerima mas kahwin RM300, cincin berlian dan senaskhah al-Quran.

Sementara itu, pengurus Zizi iaitu Farahrizan Razak berkata, satu sesi sidang media bakal diadakan sebentar lagi.

Terdahulu, portal media melaporkan Zizi dan Yusuf merancang untuk mendirikan rumah tangga bulan depan.

Mereka dikatakan sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan pernikahan.

Malah, Yusuf juga dikatakan sudah menyusun jadual penggambarannya supaya tidak bertembung dengan majlis dirancang.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Zizi dan Yusuf bagi mendapatkan penjelasan mengenai desas-desus pernikahan mereka tidak berjaya apabila mesej yang dihantar tidak dibalas.

Pada awal September lalu, rakaman video Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan sayang ketika sesi Instagram tular di Internet sekali gus menguatkan lagi hubungan cinta mereka.

Sebelum ini, Zizi tidak menafikan dia rapat dengan Yusuf dan tidak menolak sekiranya mereka ditakdirkan ada jodoh.

“Kami mula berkawan sejak dua bulan lalu dan terbabit sama dalam program All Together Now Malaysia. Kami tak bercakap pun tapi mula bertegur menerusi Instagram pada Aidiladha lalu.

“Namun, sepanjang berkawan ini, kami tak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon saja. Sejujurnya, saya selesa dengan Yusuf. Dia seorang yang lembut tutur bicaranya dan baik,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *