Rendah Diri! 5 Selebriti Ini Merupakan Anak Orang Kenamaan Dengan Anugerah Gelaran

Bila disebut namanya, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapa sebenarnya bapa artis ini. Walaupun menyedari mereka anak kepada pemimpin negara mahupun yang bergelar Datuk,  namun mereka tetap dengan sifat yang selalu merendah diri.

Jom kita lihat siapa di kalangan artis Malaysia yang jarang dedahkan perihal keluarga tapi sebenarnya mereka dari keluarga yang berada.

1. Najwa Mahiaddin

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KEKASIH BY THE MELVINE (@kekasih_mizzscha)

Najwa Mahiaddin lebih senang dikenali sebagai artis biasa yang bermula daripada bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti dalam kariernya, kerana itulah dia menggunakan nama Najwa Mahiaddin, bukan Najwa Muhyiddin. Najwa sebenarnya anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

2. Dafi 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

Menjadi anak menteri memang beruntung tapi penyanyi Dafi Datuk Seri Ismail Sabri lebih senang berdikari tanpa mengharapkan bantuan bapanya.

Dafi bekas peserta Akademi Fantasia (AF)- membuka perniagaan baru House of Paradox yang membiak dan menjual kucing di Petaling Jaya. Dafi yang merupakan anak kedua Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini menegaskan perniagaan itu dibangunkan daripada hasil titik peluhnya.

3. Yuna Zarai

Yunalis binti Mat Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna merupakan penyanyi dan penulis lagu terkenal di Malaysia.  Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik sekaligus mengetengahkan muzik rock indie.

Yuna berasal dari Kedah dan bapanya, Dato’ Mat Zara’ai bin Alias adalah penasihat undang-undang semasa Mahkamah Tinggi di Johor Bahru dan ibunya adalah seorang guru matapelajaran kimia di sekolah tinggi.

4. Ummi Nazeera

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Ummi Nazeera Nur Hidayah bt. Zainal Abidin atau lebih dikenali menerusi nama secara komersialnya sebagai Ummi Nazeera adalah merupakan seorang pelakon wanita muda yang berbakat dan terkemuka di Malaysia.

Bapanya dikenali sebagai Datuk Zainulabadin Mat Akhir. Sebelum ini ada berita mengejutkan apabila bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan dikenakan hukuman penjara 31 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya.

5. Datuk Farid Kamil

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Suami kepada Diana Danielle ini merupakan seorang pelakon, model, penulis lakonlayar dan pengarah filem di  Malaysia.

Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.

Farid Kamil berasal dari Kedah  merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA iaitu Datuk Dr. Zahari Che dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : muraimy

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *