“Mungkin Penjarakan Sosial” -Kongsi Video Gaya Si Comel Tidur, Tapi Gigi Pula Yang Jadi Perhatian!

Buat peminat haiwan comel seperti kucing pastinya mudah merasa geram apabila terlihat video spesis ini di sosial media. Bukan sahaja memiliki bulu halus dan gebu, personaliti haiwan ini yang kadang-kadang kelakar juga membuatkan ramai terhibur.

Lihat sahaja perkongsian video pelbagai aksi kucing yang dimuat naik di sosial media, pastinya ramai yang meninggalkan komen mereka. Sama seperti rakaman seekor kucing ini yang dikongsikan di TikTok baru-baru ini.

Screenshot at Sep 19 11-08-15

Dalam perkongsian tersebut kelihatan si comel tidur dengan gaya terlentang. Sekali pandang gaya si comel tidur ini sudah nampak seperti manusia! Namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila kamera didekatkan pada bahagian muka kucing ini.

Kelihatan jelas gigi milik si comel ini yang agak jarak antara satu sama lain. Berikut adalah rakaman gaya si comel tidur yang mana gigi ‘penjarakan sosial’ miliknya telah mencuri perhatian ramai:

@luqmanzabd

tengok giginyaaaa 😩😩😩 ##fyp ##catsoftiktok

♬ Here Comes the Boy – Theme – 88century

Comel betul kedudukan gigi haiwan ini! Perkongsian rakaman gaya si comel tidur yang mana gigi ‘penjarakan sosial’ yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun luqmanzabd ini telah meraih hampir 100 ribu tontonan dan 11 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikannya dan meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha comelnya gigi jarang”

gigi kucing 3

“Gigi tu mesti kena friendzon sampai tak nak rapat each other”

gigi kucing 2

“Kucing kita hilang semua gigi dia tinggal taring je. Makan ayam dada je pun”

gigi kucing 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *