Tengku Zafrul Umum Berita Baik Buat Pemohon Rayuan BPR

PEMOHON Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini boleh menyemak status kelulusan rayuan mereka mulai hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung bulan ini bersama dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

“Semakan status kelayakan boleh dibuat mulai 18 September di laman web www.bpr.hasil.gov.my dan seramai 200,000 pemohon akan dimanfaatkan dengan jumlah peruntukan RM240 juta.

“Bayaran akan disalurkan pada penghujung September, insyaAllah,” tulisnya di laman Twitter pada Jumaat.

Menerusi satu lagi perkongsiannya di platform tersebut, Tengku Zafrul turut memberitahu bahawa penyaluran bayaran sebanyak RM500 untuk GKP 4.0 Fasa 1 akan dibuat mulai 21 September 2021 kepada 1 juta PKS mikro dengan peruntukan RM500 juta.

Apakah BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bayaran BPR dibuat dalam 3 fasa kesemuanya, dan Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan sebelum ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *