Penumpang Ni Baru Nak Pergi Langkawi Sekali Positif, Ini Kata-Kata Dr Hisham

Putrajaya: Pelancong yang akan menikm4ti gelembung pelancongan melalui Projek Rintis Langkawi bermula hari ini diwajibkan menjalani ujian pengesanan C0v1d 19 sebelum memulakan perjalanan.

Menteri Kes.ihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada kenyataan hari ini berkata, ujian pengesanan C0vid 19 sama ada RT-PCR atau RTK-Anti.gen perlu dilakukan di mana-mana fasiliti kesi.hatan serta makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.

Kata beliau, keputusan ujian itu perlu dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk sama ada lapangan terbang atau terminal feri sebelum berlepas.

“Pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri s.aliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan C0v1d 19 di tempat saringan yang disediakan.

“Mereka juga boleh membeli kit ujian kendiri s.aliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ,” katanya.

Menurut beliau, ujian pengesanan ini akan dilakukan terhadap individu dewasa 18 tahun ke atas serta kanak-kanak dan remaja berusia tujuh hingga 17 tahun. Bagi kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan s.aliva.

“Kumpulan kanak-kanak ini mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang sudah lengkap vak.sinasi, bukan k.es positif atau kontak rapat kepada k.es positif dan hendaklah mematuhi p.rosedur o.perasi standard (SOP) ditetapkan.

“Ujian pengesanan C0v1d 19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terbabit akan dipantau dan disahkan oleh kakitangan kesi.hatan yang bertugas,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, individu yang didapati positif C0v1d 19 tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan dan akan diuruskan sebagaimana SOP pengurusan k.es positif C0v1d 19 dan kontak rapat sedia ada.

Positif Sebelum Berlepas

Seorang penumpang yang dijadualkan berlepas ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini didapati positif C0v1d 19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, penumpang berkenaan telah menjalani proses susulan yang diperlukan selepas didapati positif dan akur tidak dibenarkan menaiki penerbangan ke pulau berkenaan.

“Ahli-ahli keluarga penumpang yang disahkan positif melalui ujian Rapid Test Kit An.tigen (RTK-Antigen) itu juga tidak menaiki pesawat kerana mempunyai kontak rapat.

“Ujian pengesanan C0v1d 19 ini dilaksanakan adalah semata-mata mahu menjamin kese.lamatan semua pihak dan dalam masa sama memastikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi berjalan baik,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Beliau hari ini meninjau keadaan di KLIA dan KLIA2 hari ini bagi melihat proses ujian RTK-An.tigen diadakan terhadap penumpang sebelum mereka dibenarkan memulakan perjalanan udara ke Langkawi.

Beliau diiringi Pengurus Besar Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Shahrunnizam Abd. Jamil ini.

Pada masa sama, Ka Siong berkata, beliau mendapati ada penumpang telah membawa kit ujian kendiri untuk air l.iur selain membelinya dari kaunter jualan di KLIA dan KLIA2.

“Hari ini, terdapat lapan penerbangan (empat Malaysia Airlines, satu Malindo Airways dan tiga AirAsia) ke Langkawi dengan jumlah penumpang 1,520 orang sempena bermulanya Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi,” katanya.

Dr Hisham Bersuara

Lima kes positif dikesan hasil saringan C0vidl9 terhadap individu mahu berlepas menerusi pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 2,546 individu disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan 1,250 individu disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 individu melalui feri di Kuala Perlis.

“Seramai 2,528 individu menjalani ujian RTK-Ag (kendiri) dan lima kes positif C0vidl9 dikesan manakala enam individu menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan semua keputusan adalah neg4tif.

“Baki 12 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian C0vidl9 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, lima kes dikesan positif adalah kategori satu iaitu tidak bergejala dan diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Beliau berkata, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik seterusnya.

“Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

“Atas sebab itu, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi sudah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif c0v1d-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didokongi usaha sama semua pihak dan lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling.

“Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau selepas pulang dari Pulau Langkawi, segera dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penul4ran C0vidl9.

“Jika masyarakat mengambil mudah kelonggaran diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk.

“KKM mengucapkan jutaan penghargaan atas kerjasama dan sokongan diberikan pelbagai pihak dan agensi dalam merealisasikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi,” katanya.

Kredit : HMetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : http://trendingsangat.pw

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *