GKP 4.0 Dibayar Bermula Selasa, Bayaran Kali Kedua Pada November – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan RM500 juta bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 dalam usaha menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro.

Menurut Ismail Sabri, penyaluran bantuan itu dibuat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) mulai Selasa (21 September) ini.

“Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500).

“Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Ismail Sabri, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

Mereka yang layak juga boleh membuat semakan kelulusan mulai 20 September ini menerusi portal rasmi GKP.

“Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak c0v1d-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

“Saya berharap bantuan ini dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.

“Kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pand3mik c0v1d-19.

“Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai,” ujar beliau lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *