“Tak Dapat Peluk, Cium” -Bella Astillah Kehilangan Datuk Tersayang

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berdukacita atas pemergian datuk tersayangnya yang menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Berita sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam hantaran Instagramnya sebentar tadi.

Datuk Bella, Rosilan Isa meninggal dunia pada usia 70 tahun di Kota Kinabalu, Sabah.

“27 Mac 1951 hingga 17 September 2021. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Al-Fatihah (dibaca). Lolo atau Atuk saya telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi pada hari Jumaat yang mulia,” tulisnya ringkas.

Dalam perkongsian berkenaan, Bella memuat naik rakaman panggilan video saat terakhir datuknya yang terbaring lesu di atas katil hospital dengan memakai alat bantuan pernafasan bersama beberapa ahli keluarga yang lain.

Menerusi perkongsian lain, penyanyi itu yang kini berada di negeri kelahirannya, Sabah atas urusan kerja tidak dapat bertemu dengan arwah datuknya disebabkan situasi pandemik.

“Tak sangka lolo pergi buat selama-lamanya. Walaupun kami duduk dekat, tapi tidak boleh berjumpa sebab keadaan kita sekarang,” katanya.

Buat masa ini, jenazah datuknya masih berada di jabatan forensik di hospital yang tidak dinyatakan dan keluarganya dibenarkan mengambil jenazah sekiranya keputusan saringan Covid-19 adalah negatif.

Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu meluahkan rasa kesal serta kecewa kerana tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir.

“Sampai bila macam ini. Adakah sistem akan berterusan seperti ini sampai bila-bila. Hanya boleh tengok saat-saat akhir dia melalui panggilan video. Tak dapat peluk dan cium. Allahuakbar.

“Tapi sebelum pandemik, saya dan Aliff dapat bawa dia ke Kuala Lumpur. Bawa bercuti ke Genting Highlands. Masya-Allah. Kami rindu betul. Allah SWT lebih menyayangimu. Semoga lolo ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” ujar Bella.

Usaha Kosmo! mendapatkan maklumat lanjut daripada Bella bagaimanapun tidak berhasil apabila dia gagal dihubungi dan kiriman WhatsApp juga tidak dibalas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : kosmo

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *