“Dia Tinggal Berapa Orang Je Lagi” -Sebulan TerIantar Di Hospital, Gadis Ini Hairan Kenapa Mak Ayah Tak Melawat

KEHILANGAN ibu bapa serentak secara mengejut sememangnya hakikat yang sangat pahit untuk ditelan.

Itulah ujian berat yang dialami Nur Dina Qistina Roslan selepas kedua-dua insan kesayangannya menemui aj4l dalam satu kem4langan ngeri.

Tanggal 13 Februari 2015 pasti tidak akan dilupakannya sepanjang hayat kerana tr4gedi tersebut bukan sahaja menjadikannya ‘yatim piatu’ sekelip mata, malah di bahunya tergalas tanggungjawab berat sebagai kakak sulung yang perlu menjaga dua lagi adiknya.

Walaupun lebih lima tahun tragedi hitam itu berlalu, namun semuanya masih jelas dalam ingatan gadis yang senang disapa sebagai Dina ini.

“Ketika itu saya berusia 12 tahun. Kira-kira pukul 3 pagi hari tu, papa kejutkan kami beritahu nak menziarahi Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang meningg4l dunia.

“Kami berlapan iaitu mama, papa, empat adik dan seorang ibu saudara menaiki sebuah kereta bertolak dari Bukit Payung, Terengganu sebelum masuk Subuh. Selepas selesai urusan pengebumian, kami pun pulang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dalam perjalanan, kami nak cari masjid untuk solat dan berehat. Mula-mula dah jumpa sebuah masjid, tapi papa kata kita cari masjid depan sikit.

“Namun tak sempat pun sampai ke masjid tu, kami kem4langan dengan sebuah kenderaan. Saya tertidur sebelum kejadian. Saya tak ingat apa-apa langsung… saya koma dan hanya tersedar ketika dah berminggu-minggu di hospital,” cerita gadis yang kini berusia 18 tahun.

Menurut Dina, selain ibu bapa, dua adiknya turut meningg4l dunia dalam tragedi tersebut, manakala dia dan seorang lagi adiknya mengalami keced3raan parah.

“Saya alami pat4h rah4ng, lvmpuh separuh badan iaitu sebelah kanan dan ada dar4h beku di kepala. Adik saya yang nombor empat pat4h hidung dan dia juga kom4.

“Adik saya nombor dua serta ibu saudara hanya alami keced3raan ringan. Sebaik saya sedar, saya tak boleh bercakap atau bergerak pun. Saya rasa seperti sedang bermimpi.

accident 2

Gambar kenangan Qistina (kanan) bersama ibu bapanya. Dalam tragedi pada 2015 itu, ibu bapa dan dua adiknya meningg4l dunia.

“Hairan juga sebab tak nampak mama papa datang melawat hinggalah saya nak dibed4h, tapi tak terluah nak tanya ibu atau bapa saudara sebab saya sendiri tak boleh bercakap,” ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini.

Dina akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas sebulan terlantar di hospital.

“Seminggu lebih selepas pulang ke rumah tok (nenek), saya masih tak nampak kelibat mama dan papa. Tok dan yang lain beritahu mama papa dekat hospital lain. Saya ingat lagi masa tu bermimpi nampak mama papa dan dua adik berpakaian serba putih.

“Esok harinya, saya cadang nak ajak tok dan ibu saudara pergi hospital lawat mama dan papa. Tak sempat saya bersuara, saya terdengar perbualan seorang bapa saudara yang beritahu ‘adik beradiknya dah tinggal berapa orang saja’.

H4ncur hati bila dengar… seperti hilang sep4ruh ny4wa. Macam mimpi rasanya hilang dua ibu bapa serentak.

NUR DINA QISTINA ROSLAN

“Dia tak tahu saya terdengar. Saya hairanlah dan terus kata ‘papa kan ada lagi’. Masa itu semua pandang saya sedih. Akhirnya ibu saudara peluk saya dan beritahu perkara sebenar.

“Hancvr hati bila dengar… seperti hilang separuh nyawa. Macam mimpi rasanya hilang dua ibu bapa serentak. Saya ajak mereka ke kubur mama papa. Saya reb4h di kubur sebab terlalu sed1h,” ujarnya lagi.

Tambah gadis ini, dia mengambil masa yang lama untuk menerima hakikat kehilangan ibu bapa dan juga dua lagi adiknya.

“Alhamdulillah tok, ibu saudara serta bapa saudara jaga kami adik beradik dengan penuh kasih sayang. Dan syukur sangat, dengan kuasa Allah saya akhirnya pulih seperti sedia kala walaupun ambil masa berbulan,” katanya yang kini menetap bersama neneknya di Bukit Payung, Terengganu.

Sekadar berkongsi di TikTok untuk meluahkan kesedihan mengenai tragedi yang hampir meragut nyawanya, Dina berkata dia sama sekali tidak menyangka videonya mendapat perhatian ramai.

remuk

Kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki Qistina dan keluarganya remuk teruk.

“Saya cuma nak luahkan dan ceritakan apa yang pernah saya alami. Dalam masa yang sama saya nak hantar mesej agar kita semua hargai insan tersayang sebab ajal maut boleh datang bila-bila masa.

“Ramainya insan yang baik hati, kirim kata-kata semangat serta doakan untuk arwah ahli keluarga saya yang meninggal dunia. Ada juga yang berkongsi kisah yang sama seperti saya.

“Kini saya fokus nak sambung belajar untuk banggakan arwah mama dan papa, dan juga untuk masa depan adik-adik. Saya mahu sambung pengajian dalam bidang kulinari dan bercita-cita nak buka bakeri sendiri kelak,” katanya lagi.

Sehingga kini, video yang dikongsi Dina di TikTok meraih lebih 207,000 jumlah tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *