“Selama Ni Aku Diam..” -Lana Nodin Tiba Di US, Buat Video Khas Buat Yang Selalu Menghin4

Kebelakangan ini, nama Lana Nordin kerap menjadi buah mulut apabila pelakon yang popular dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia itu mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah, Ogos lalu.

Akibatnya, netizen menuduh Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin, 41, sebagai anti vaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya, Lana memuat naik satu video khas untuk sesiapa yang selalu menghina dan suka membuat spekulasi terhadap dirinya. Video tersebut memaparkan Lana sekeluarga berlepas pulang ke Amerika Syarikat (AS) iaitu negara asal suaminya, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckienzie.

“Ni video khas aku buat utk yg selalu menghin4 dan masih menc4ci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yg sy buat! Ada yg kata oh dia tak lepas airport apa lagi berjaya ke nak balik usa..kat usa sane lagi teruk semua tak boleh, dine in ke, riadah ke masuk mall ke atau masjid ke..

“Ok selama ni aku diam sebab org kat portal ramai yg mengvtuk,menghin4 bahkan ada yg lebih tau pasal usa dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri…

“Ok ini video khas utk korang, jgn dm dm aku tanya itu ini,just tengok dan nilai sendiri! korang yg di fb dan portal2 yg sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik usa siap halau aku dari negara aku sendiri..ok ni aku balik, aku buktikan apa yg korang yg cakap tu lebih tau dan teror pada aku!!!” kata Lana.

Tambah pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia dan rakannya pelakon Rita Rudaini cuma berkongsi informasi yang benar kerana banyak perkara yang tidak telus.

“Bile aku gan @ritrud727 share info kami di labelkan berbagai nama, padahal kami bagitau apa yg benar yg banyak yg tak telus di beritahu sehingga ramai jadi doktor tik tok, jadi polis pencen, jadi wartawan yg lebih tau pasal negara luar.”

“Skrg aku balik aku akan lihat sendiri siapa yg betul!! Dari aku apply MTP, buat DOKUMEN YG SAH mengikut UNDANG UNDANG MALAYSIA dan bertolak ke airport klia sampai ke usa, alhamdullilah perjalanan aku sangat2 di permudahkan ,tiada sebarang diskriminasi atau apa2 masalah! tiada sebarang cable,ni semua cable ALLAH SWT dan bile ALLAH kata kun fa yakun , jadi lah ia…

“Siapa kite nak pertikaikan rezeki, ajal dan apa2 pun dari DIA??? Jadi jgn nak sesuka hati nak jadi polis pencen ke, wartawan ke atau doktor yg korang skrg dok buat di social media sedangkan korang tak tau mane yg sahih dan mane yg RUMORS! STOP FEAR MONGERING dan live around virus! Cov1d is real, its endem1c but not p4ndemic! WAKE UP, LIVE YOUR LIFE TO FULLEST WHILE STILL HAVE CHANCE! semoga allah swt melindungi kita! Stop discrim1nation and start respect others decisions!” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)

Memetik Kosmo, menjawab persoalan ramai mengenai dirinya yang bersikap anti vaksin, Lana menegaskan dia bukan seperti itu dan tetap akan mengambilnya tidak lama lagi.

“Saya bukan tak nak ambil, tetapi anak saya ada masalah kesihatan, dia sakit jantung sejak lahir. Saya pula masih menyusukan dia sampai November nanti.

“Saya pun ada surat daripada doktor dan bukan suka-suka ingin menolak vaksin. Ny4wa anak saya lebih penting dan jadi keutamaan sekarang ni,” ujarnya.

Menurut Lana lagi, dia tetap akan mengambil vaksin tetapi bukan di Malaysia dan tidak dalam masa terdekat ini.

“Saya akan ambil di AS nanti bersama suami. Tunggulah mungkin awal tahun depan ke. Bukan tak nak ambil langsung. Benda nak masuk dalam badan dan saya kena pastikan betul-betul selamat digunakan serta melepasi ujian klinikal.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.