“40 tahun dalam hutan” – Lepas 8 Tahun Hidup Moden, ‘Tarzan’ Meningg4l Sebab K4nser

Kalau kita bercakap tentang lelaki yang tinggal dalam hutan, mesti akan teringat dengan filem animasi Tarzan yang ditayangkan lebih dua dekad lalu itu.

Namun pada awal bulan lalu, seorang lelaki Vietnam yang digelar sebagai ‘Tarzan’ dunia sebenar telah meningg4l dunia.

Lelaki bernama Ho Van Lang, 52 tahun itu meningg4l dunia pada 6 September lalu. Dia dikatakan telah tinggal dalam hutan selama kira-kira 40 tahun, dan kembali ke dunia luar lapan tahun lalu.

Lelaki Tarzan 1

Larikan diri dalam hutan sebab per4ng 

Menurut The Sun, Ho Van Lang telah dibawa lari ayahnya ke dalam hutan sewaktu pengeb0man tentera Amerika Syarikat semasa Per4ng Vietnam pada tahun 1972. Serangan tersebut menyebabkan sebahagian daripada keluarga mereka terbVnuh.

Selama 4 dekad di dalam hutan, mereka dua beranak dipercayai tinggal dalam rumah pokok dan membuat pakaian menggunakan kulit pokok. Bagi makanan pula, mereka membvru pelbagai jenis haiwan untuk dimakan antaranya m0nyet, t1kus, k4tak, kelaw4r serta ikan selain mengambil sayuran, buah-buahan dan madu. Gila betul!

Lelaki Tarzan 2 Edit

Selain itu juga, mereka juga langsung tak berhubung dengan dunia luar sepanjang di dalam hutan. Malah, mereka dikatakan tak percaya bahawa peper4ngan dah tamat sehinggalah ditemui pada tahun 2013 lalu. Selepas keluar dari hutan, mereka anak-beranak tinggal di sebuah perkampungan kecil di di daerah Tra Bong, Vietnam.

“Saya tak suka lihat dia hidup di dunia luar”

Menerusi temubual bersama salah seorang kenalan Ho Van Lang, Alvaro Cerezo, menyifatkan dia risau sekiranya ‘kehidupan moden’ jadi keterlaluan untuk dia hadapi.

Cerezo mengatakan bahawa Van Lang seorang manusia yang baik, tapi dia seakan sedih sekiranya lelaki tersebut nak hidup di dunia moden.

Lelaki Tarzan 3

“Dia seorang manusia yang baik. Mustahil untuk melupakannya. Saya akan rindu dia setiap hari,

“Tapi saya tak suka lihat dia hidup di dunia luar. Saya selalu risau jika dirinya tak mampu melalui perubahan yang drastik,

“Dia habiskan masanya tinggal dalam hutan dan datang ke luar di mana dia mula makan makanan berproses dan kadangkala minum alkohol,” katanya.

Bila mengenang semula waktu perkenalan mereka, kedua mereka ini menjadi rapat selepas Cerezo, pernah tinggal di dalam hutan bersama Lang selama seminggu di mana mereka turut sama berburu untuk meneruskan hidup.

“Semasa di dalam hutan, semua yang memakan masa berjam-jam untuk saya lakukan, dia boleh lakukan dalam beberapa saat sahaja.”

Teruja tengok cahaya dari lampu

Cerezo juga ada berkongsikan kehidupan Lang, sepanjang berada di dunia luar. Dia memberitahu bahawa Lang jadi sangat teruja dengan perlbagai perkara.

“Pada waktu malam, dia akan kagun dengan cahaya yang datang daripada lampu.

“Lang beritahu kami yang dapat menikmati cahaya pada waktu malam adalah sesuatu yang paling luar biasa,

“Dan kemudian dia melihat televisyen buat pertama kali, sesuatu yang pernah diceritakan ayahnya kepadanya semasa dia masih kecil. Jadi dia tahu, mereka yang muncul di kaca televisyen bukan berada di dalam ‘kotak’ tersebut.” 

Masih ada juga sebenarnya kisah manusia macam ni dalam dunia sekarang. Mungkin masih ramai lagi, yang hidup di dalam hutan macam kisah Ho Van Lang ni kan?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : lobakmerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.