Hishamuddin Akan Mesyuarat Esok, Beri Bayangan Mungkin Ada Berita Gembira Mengenai Rentas Negeri?

Terkini, ementeri yang ditugaskan untuk memperincikan langkah penyesuaian dan keIonggaran prosedur operasi standard (SOP) membendung penular4n COVlD-I9 ketika negara menuju ke fasa endemik dijadual bermesyuarat esok.

Difahamkan perbincangan julung kali mengetengahkan empat agenda utama, termasuk tndakan inklusif seperti diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu akan dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tiga menteri lain yang menyertai mesyuarat itu adalah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Hishammuddin, mesyuarat itu akan meneliti keputusan keIonggaran diumumkan kepada orang ramai sebelum ini serta kaedah SOP sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, ia memerlukan input daripada empat menteri berkenaan, selain Annuar akan membantu memaklumkannya kepada orang ramai menerusi platform sedia ada supaya masyarakat memahami dengan lebih jelas.

Katanya, mesyuarat itu juga akan meneliti dan memperhalusi keIonggaran dipersetujui sebelum ini, sebelum sebarang keputusan mengenainya diumumkan kepada orang ramai.

” Berhubung kait dengan perjalanan rentas negeri, sektor tertentu telah pun secara prinsip mendapat (persetujuan) oleh sidang khas dengan syarat empat menteri ini memperincikannya sebelum diumumkan kepada orang ramai.

” Ia juga melihat kepada sektor tertentu contohnya ‘travel and tourism bubble’, di mana semua maklum kita sudah buka Langkawi sebagai projek rintis dan ia boleh diperluas jika berjalan lancar, selamat serta memenuhi SOP ditetapkan.

” Kalau ada sektor lagi yang perlu difikirkan, ia boleh diperluas kepada sektor lain.

” Agenda keempat ialah hasrat naratif menjelang hujung Oktober ini untuk melihat pndemik dalam konteks endemik, bagaimana kita boleh cari jalan untuk hidup bersama COVlD-19 dengan rasionalnya mesti dibincangkan dari sekarang.

” Begitupun, pemikirannya perlu dibincangkan daripada sekarang dan itu merupakan sebahagian daripada agenda kita esok,” ujarnya.

Begitupun, Ahli Parlimen Sembrong itu tidak memperincikan waktu dan lokasi pertemuan tersebut dan hanya memberitahu ia akan diadakan esok.

Hishammuddin dalam kenyataan pada minggu lepas memberitahu kerajaan sedang meneliti keIonggaran bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian lebih bebas dalam norma baharu.

Begitupun, katanya, dalam masa sama kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi ny4wa serta kesihatan rakyat di samping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, keIonggaran itu termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) bertujuan mengembalikan kestabilan politik negara bagi menangani COVlD-I9 dan pemulihan ekonomi menerusi pendekatan kerjasama secara ‘dwipartisan’.

Beliau juga berharap tindakan diusahakan Ismail Sabri berhubung persefahaman itu diterima baik semua pihak, selain menasihati pembangkang supaya mereka tidak hanya berteraskan pertimbangan politik, sebaliknya mempertimbang hasrat memastikan kestabilan bagi membolehkan semua pihak fokus kepada agenda lebih penting.

” Ia bukan untuk kuasa, tetapi membantu kita yang diberi amanah memimpin kementerian tertentu dan menerajui pentadbiran negara supaya fokus dan berusaha membawa negara keluar daripada COVlD-I9 secepat mungkin menerusi tiga teras berhubung kait dengan kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan.

” Niat mengadakan persefahaman ini bagi memastikan kestabilan, jadi untuk menimbulkan isu keabsahan atau undi tidak percaya (terhadap Perdana Menteri) sekali lagi itu tidak menjurus kepada harapan kepada kestabilan politik negara.

” Rakyat akan menilai tindakan mereka (pembangkang) hari-hari menimbulkan ketidaktentuan dalam suasana poIitik, khususnya ketika sesi Dewan Rakyat yang bermula, hari ini,” katanya.

Sumber:bharian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://www.lamanhiburan.pw

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *