“Kena Tahan Sebelum Akad Nikah!!” -Remy Ishak Sendiri MuatNaik Video Ditahan Polis Masa Kat RoadbIock

TanggaI 21 Ogos merupakan tarikh paling bermakna buat pelakon, Remy Ishak kerana sah bergelar suami kepada Ezza Yusof.

Mnerusi Youtube Channel Remy Ishak Official, pelakon ‘Pujaan Hati Kanda’ ini telah memuat naik sebuah video mengenai majlis pernikahannya tempoh hari.

Remy berkongsi kepada para peminat mengenai momen hari bersejarahnya bersama Ezza dalam vdeo yang diberi nama ‘Intimate Wedding’,

Seperti lelaki lain, Remy memberitahu dia agak gemuruh sebelum sesi akad nikah tersebut dijalankan. Namun begitu, segala yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan hanya sekali lafaz Ezza menjadi suri hati hidupnya.

” 8 tahun mengenali antara satu sama lain, putus pertunangan dalam perkenalan, namun sejauh mana pun kita berlari, sedalam mana pun kita sembunyi. Jika ditakdir oleh Ilahi, bertemu juga jodoh di akhiri dengan lafaz nikah disamping saksi..” ujar Remy.

Ditahan di sekatan jalan raya

Vdeo yang berdurasi 5:09 saat itu turut menunjukkan persiapan yang dilakukan oleh Remy, Ezza dan team mereka sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Antara sedutan menarik dalam vdeo tersebut menunjukkan kereta dinaiki Remy ketika dalam perjalanan ke tempat akad nikah telah ditahan polis di sekatan jalan raya.

Vdeo turut memaparkan anggota polis yang bertugas ketika itu tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Remy.

” Selamat pengantin baru, hero Malaya!” ujar polis terbabit.

Dalam pada itu Ezza berkata, dia berterima kasih kepada Remy kerana sudi menjadikannya sebagai isteri meskipun pelbagai cabaran telah berlaku sepanjang perkenalan mereka.

Malah Ezza turut berjanji bahawa dia akan menjadi isteri yang terbaik buat Remy.

” Majlis pernikahan waktu PKP, saya buat yang wajib dahulu dan mana yang boleh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri..” kata Remy.

Tambah Remy, dia mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang wajib terlebih dahulu dan berharap semua orang mendoakan yang terbaik buat mereka.

Menarik mengenai Ezza, suri hati Remy Ishak

Sebelum ini ramai yang terkjut dengan berita pertunangan hero Malaya, Remy Ishak dengan gadis pilihannya Ezza Yusof.

Meskipun pernah putus tunang, namun hubungan mereka bertaut kembali dan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Remy Ishak boleh dikatakan antara pelakon lelaki yang menjadi kegilaan wanita-wanita di Malaysia ni kerana karakternya yang bersahaja dan kelakar. Bukan itu sahaja, malah mempunyai rupa Melayu tulen dan bentuk badan yang ‘fit’.

Siapa Ezza?

Beliau bukanlah model, bukan artis, bukan individu yang popular pun.. Jadi siapakah sebenarnya gerangan gadis bernama Ezza Yusof ni? Anda mesti nak tahu kan.

Penggemar fesyen

Ezza merupakan seorang penggemar fesyen. Pada siapa yang follow Ezza di Instagram, dia selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels yang terkini.

Seorang business woman berjaya

Tidak hairan lah Ezza mempunyai perniagaan yang berlandaskan fesyen iaitu menjual kasut untuk kaum wanita.

Ezza merupakan founder @2tomorrowmy. Anda boleh lihat kasut-kasut yang dijualnya sangat cantik dan trendy. Nak tahu lebih lanjut anda boleh check out di laman Instagram Ezza.

Rakan baik kepada Nad Zainal

Jika anda salah seorang followers Ezza di instagram, anda akan tahu bahawa mereka ni merupakan rakan baik dan sentiasa menyokong karier masing-masing.

Apa yang membuatkan mereka lebih rapat ialah kerana masing-masing sudah mempunyai anak yang masih kecil dan comel!

Biodata Ezza Yusof

Nama Penuh: Roszaliza Yusof

Nama Komersil: Ezza Yusof

Tarikh Lahir: 23 April 1983

Zodiak: Aries

Asal: Pahang

Kerjaya: Ahli Perniagaan

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Instagram: instagram.com/ezzarl

Trivia Menarik Ezza Yusof

Mula mengenali Remy Ishak sejak tahun 2013.

Mempunyai dua anak angkat bernama Dania dan Damia.

BFF kepada aktres cantik, Nad Zainal.

Seorang yang sangat menggemari fesyen dan selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels di Instagram miliknya.

Merupakan Pengarah Urusan Roistz Labels.

Mula menggenakan hijab pada Februari 2017 lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber  :  obulan dan hmetr0

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.