“Tersenyum Tengok Dia Kenat Sakat” -Gelagat Lelaki Ni Ceriakan Kawan Motor Rosak Memang Terhibur!

Setiap kali dalam masalah, rakan-rakan atau ahli keluargalah yang selalu menjadi tempat bergantung untuk meminta bantuan. Sama macam situasi yang dialami lelaki ini apabila motor dinaiki rakannya rosak secara tiba-tiba di tepi jalan.

Sebagai rakan yang baik, lelaki ini turun menghulurkan bantuan namun lain pula yang berlaku sebaik sahaja dia tiba di tempat tersebut. Gelagat lelaki itu yang cuba mengusik rakannya ini turut mencuit hati netizen apabila dia dengan selambanya mengusik rakannya yang duduk di bahu jalan.

Video

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu rakannya mengalami masalah di mana motor yang dinaikinya rosak secara tiba-tiba. Sebaik sahaja dia tiba di tempat tersebut, lelaki itu mula mentertawakan rakannya itu yang hanya tersipu-sipu malu ketika diusik.

Lelaki itu kemudian mengusik rakannya itu yang kononnya kehabisan minyak motor di situ. Lebih melucukan, rakannya itu kemudian membalas sambil menjerit bearing motor dinaikinya itu pecah menyebabkan dia terpaksa berhenti di tepi jalan.

lelaki

Selain daripada usik-mengusik di antara kedua-dua mereka ini, netizen turut tertarik dengan wajah rakannya itu yang dikatakan sama dengan Hafizh Syahrin iaitu pelumba motor negara. Malah ramai yang berseloroh mungkin dia adalah kembar kepada pelumba itu yang sedang melakukan kerja part time sebagai rider J&T pula.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat kedua-dua mereka ini yang saling mengusik satu sama lain. Ada juga yang berseloroh mengatakan rupanya ini adalah punca menyebabkan barang mereka lewat dihantarnya.

“Tak pasal kena sakat dengan member.”

lelaki usik

“Muka dia macam hafiz syahrin do.”

motor

“Ooo itu yang barang saya tak sampai-sampai kesian abang ni…”

komen

“Kesian member. Kena balik dengan kawan.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *