“Bergambar Kenangan Dengan Nurse” -Aishah Syukur Bebas Cov1d-19, Seronok Dapat Balik Selepas 12 Hari Di Hospital

SELEPAS 12 hari melawan Cov1d-19, penyanyi Aishah melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya sepanjang dirinya dijangkiti wabak itu.

Menurut penyanyi berusia 56 tahun ini, biarpun hanya berada di rumah sepanjang tempoh dua tahun namun sudah ditakdirkan terkena juga v1rus tersebut.

Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga saya selama 12 hari di hospital.

AISHAH

PENYANYI

“Alhamdulillah… tak tahu nak cakap apa. Betapa bersyukurnya hari yang dinanti-nantikan. Dapat balik rumah. Terima kasih, Alhamdulillah.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sekarang ini, doakan saya terus sembuh sepenuhnya. Nasibnya, saya dua tahun duduk rumah, Allah nak jadikan, kena juga.

“Jaga diri. Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga saya selama 12 hari di hospital,” katanya.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Aishah turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama jururawat yang menjaganya sepanjang 12 hari di hospital.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar penyanyi itu terus sembuh sepenuhnya.

Aishah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 30 Ogos lalu selepas disahkan positif Cov1d-19 dan mengalami simptom dem4m p4nas dan semput.

Dua hari dirawat di hospital akibat Cov1d-19, Aishah memberitahu oksigennya turun ke paras 88 peratus selepas doktor cuba membuka alat pernafasan tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *