Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Jasa Baik Semua Orang Untuk Doakan Anaknya

KEADAAN kesihatan anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi semakin membimbangkan apabila doktor memaklumkan buah pinggang bayi berusia lapan bulan itu mengalami masalah dan sudah berada di tahap kr0nik.

Isteri Shahrol iaitu Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra disapa Anna berkata anak kedua mereka itu memerlukan rawatan segera selepas kedua-dua buah pinggangnya ros4k dan membengk4k.

“Pada Isnin lalu, hasil ujian dan pemeriksaan pakar mendapati buah pinggang Ismail belah kanan sudah tiada, manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri pula sudah bengk4k.

“Kata doktor Ismail perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengk4k.

“Memang terkejvt dan sedih apabila mendapat keputusan itu. Luluh hati bila dapat tahu buah pinggang Ismail mengalami keros4kan dan sudah tervk,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Anna berkata dia mula mengesan sesuatu yang tidak kena terhadap kesihatan anaknya apabila Ismail sering dem4m dan terdapat sesuatu yang tidak normal pada air kenc1ng.

Bimbang keadaan menjadi lebih tervk, Anna dan suami mengambil keputusan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.

“Dia selalu demam on off… kalau tengok secara fizikal dia nampak macam sihat sahaja tapi naluri ibu kita rasa macam ada yang tak kena.

“Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh.

“Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah hospital di Johor dan sedang menerima rawatan antib1otik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anna turut memohon orang ramai mendoakan agar anaknya itu segera sembuh dan diberikan kekuatan untuk terus melawan peny4kit.

“Mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.

“Mana tahu atas sebab doa kalian Allah angkat dan makbulkan untuk anak Anna.

“Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian… semoga Allah balas semua jasa baik kalian,” ujarnya.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.