PM Umum Kawasan Ini Sudah Tiada Sekatan Jalan Raya, Netizen Luah Rasa Syukur Dapat Rentas Negeri

Perdana Menteri Ismail Sabri baru saja mengumumkan bahawa Lembah Klang kini akan beralih ke Fasa 2 dalam Rancangan Pemulihan Nasional pada 10 September.

Dalam catatan Facebooknya, Ismail Sabri menulis:

” Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali. Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2. Teruskan #KeluargaMalaysia

Dia menambah bahawa perjalanan antara negeri untuk Selangor, W.P Kuala Lumpur dan W.P Putrajaya dibenarkan. Tidak akan ada sekatan jalan raya mulai 10 September.

JF6YAF Kuala Lumpur, Malaysia highways and skyline.

Rata-rata netizen meluahkan rasa bersyukur dengan pengumuman ini yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah swt , dapat rentas daerah pun cukup2 syukur dapat saya cari rezeki lebih luas lagi … thanks Allah thanks dato Ismail Sabri Yaakob”- tulis pengguna facebook bernama @MuhdAfif

“Ni la berkat kesabaran kita semua..Allah pasti beri jalan keluar dari setiap masalah ..tapi jangan kita dok leka ye..SOP tu penting..kita belom menang sbenar nye.” tulis @SakinahDasuki

Walaubagaimanapun, ramai mengharapkan kerajaan untuk membenarkan rentas negeri ke negeri lain dalam masa terdekat. Rata-rata mereka meluahkan rasa rindu kepada keluarga tercinta yang sudah lama tidak dapat berjumpa.

Kita doa sama-sama agar semua dipermudahkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : muraimy

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *