“Patik Akan Ingat Sampai Bila-Bila..” -Ini Reaksi Azizulhasni Bila Terima Hadiah Daripada TMJ.

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dianugerahkan hadiah secara peribadi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini, berikutan kejayaan di Olimpik Tokyo.

Menerusi status terbaharu di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu dan mengurniakan ganjaran.

Tunku Mahkota Johor terima mengadap Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini, 7 September 2021 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan,” tulis status terbaru itu.

Sementara itu menerusi hantaran di facebook, Azizulhasni berterima kasih atas jemputan berkenaan yang memberikannya peluang berkongsi pengalaman dan menyampaikan idea bagi pembangunan sukan berbasikal di Johor.

“Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor HRH Crown Prince of Johor diatas perkenan men.cemar duli menjemput patik bersama Datuk Qobin untuk mengadap Tunku di JDT HeadQuarter.

“Patik amatlah terharu dan seperti bermimpi disiang hari kerana dapat bersama-sama dengan Tunku dan berkongsi pengalaman serta kejayaan di Olimpik Tokyo baru-baru ini. Patik juga menjunjung kasih di atas kesudian Tunku untuk mendengar idea dan pandangan patik dalam membangunkan arena sukan negara terutamanya sukan berbasikal di Negeri Johor.

“Patik amat berharap agar apa yang dihasratkan dapat dijadikan realiti dan semoga ia dapat di manfaatkan oleh seluruh warga sukan terutamanya mereka yang berada di Johor,” katanya.

Azizulhasni turut menjunjung kasih atas hadiah peribadi daripada Tunku Ismail.

“Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah memurahkan rezki dan merahm4ti Tunku serta seluruh kerajaan Tunku,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber:bharian

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.