[VIDEO] Kesian Rider Grabfood, Pelanggan Sidai Tepi Jalan, Tapi Kelakar Pula Bila Keluar Loghat Perak

Para rider penghantar makanan sememangnya mempunyai banyak cerita ketika mereka keluar bekerja. Yang pasti, kisah-kisah yang melibatkan mereka bukanlah satu bentuk rekaan, tetapi nyata dan kadangkala sangat menyentuh hati.

Kena ‘sidai’ bebel dalam loghat Perak

Kali ini, tular di media sosial apabila seorang penghantar makanan Grabfood ‘disidai’ oleh pelanggan apabila meletakkan alamat yang salah.

Lebih menyedihkan adalah alamat yang diberikan adalah ditepi jalan yang langsung tiada rumah ataupun tempat menunggu.

Call, mesej tak berangkat

Namun, apa yang menarik perhatian adalah ‘bebelan’ rider Grabfood tersebut yang bertutur dalam loghat Perak. Menggunakan nama Haslizul Mohd Ramli, lelaki tersebut memaklumkan pelanggannya telah meletakkan alamat yang tidak tepat.

Tak hanya itu, panggilan dan mesej yang dihantar juga tidak berbalas sehingga membuatkan dia terpaksa menunggu lama di tepi jalan sedangkan urusan menghantar makanan masih banyak yang perlu diselesaikan.

Memang geram kalau perangai customer macam ni

Susulan daripada itu, ramai yang meninggalkan komen mengakui geram dengan sikap pelanggan tersebut kerana tidak bertanggungjawab dengan pesanannya serta tidak menghormati masa kerja rider.

Namun, ramai juga yang terhibur mendengar ‘bebelan’ rider Grabfood itu yang sangat begitu pekat loghat Peraknya.

 

“Aje bajang pedajal miker!”

Aje pekat benor loghatnye!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *