5 Tahun Kerja Keras, Rumah Dah Siap. Remuk Hati Pasangan Hantar Gambar Kahwin Dengan Orang Lain

Cinta boleh membuatkan seseorang itu buta tapi cinta kalah dengan wang jika seseorang itu tidak kuat menghadapi dugaan. Lagi-lagi mereka yang sedang long-distance relationship (LDR), bertahun-tahun pertahankan namun itu bukan jaminan hubungan itu akan kekal lama.

Sama dengan kisah seorang pemuda daripada Indonesia ini. Dalam perkongsian @rakfathoni, dia telah memuat naik video  bagaimana usahanya untuk menghalalkan kekasihnya lebur dengan sekelip mata saja. Sedihnya

VIDEO

 

” 5 tahun LDR jumpa sebulan 2 kali”

Sejak awal lagi dalam hubungan mereka, Raka Fathoni atau Fathoni sudah melatih diri untuk bekerja keras dan menjadi suami yang baik disamping mampu membuat kerja rumah bagi meringankan beban isterinya nanti. Malangnya, kekasihnya berpaling arah dengan memilih lelaki yang lebih stabil.

Rumah5 E1631005786495

Dia faham duit tidak turun dari langit, malah pemuda itu bekerja keras untuk mencari duit kahwin dan difahamkan tahun ini merupakan tahun dia target untuk menikahi gadis tersebut. Dia juga sudah menyediakan rumah bersaiz sederhana untuk mereka tinggal bersama nanti.

“Ikut aturan keluarga”

Bagaimanapun impiannya semua telah musnah dengan mesej kata putus daripada kekasihnya itu apalagi melihat foto persandingan pasangan mempelai tersebut. Katanya lagi, majlis perkahwinan berkenaan telah diatur oleh kedua ibu bapa gadis itu.

Menjengah di ruangan komen, Rata-rata netizen bersimpati dengan pemuda tersebut dan menyifatkan gadis tersebut sangat kejam. Ada juga netizen yang mempelawakan diri untuk menikahi mereka. Masuk line eh…

Komen Rumah

Walaupun dugaan yang diterima pemuda itu sangat berat, tapi dia tetap menerimanya dengan reda dan dia juga menyifatkan bahawa gadis tersebut banyak mengajar dia pedoman hidup.

Kesiannya, semoga pemuda itu dapat jodoh yang lebih baik. You deserve better bro.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : lobakmerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.