Menteri Kewangan Ded4h 700 Ribu Penerima BKC Tiada Akaun Bank, Sekali PM Umum Satu Berita Baik Buat Mereka..

LEBIH 700,000 penerima Bantuan Khas Cov1d-19 (BKC) didapati tidak mempunyai akaun bank, menurut data Kementerian Kewangan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kewangan menyediakan baucar tunai bagi memastikan bantuan diberikan kepada penerima tanpa sebarang kelewatan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Isnin memaklumkan, Ismail Sabri meminta Kementerian Kewangan agar memastikan kelancaran proses pengagihan BKC, khususnya penerima di kawasan pedalaman, jauh daripada akses perbankan dan tidak memiliki akaun bank.

“Menurut data Kementerian Kewangan Malaysia, terdapat kira-kira 708,223 penerima BKC yang tidak mempunyai akaun bank.

“Justeru perdana menteri mahu baucar tunai yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima terlibat tanpa sebarang kelewatan,” menurut kenyataan itu.

Ismail Sabri pada Isnin meninjau secara dalam talian proses pembayaran BKC Fasa 1 yang telah dikreditkan kepada 10 juta penerima bermula Isnin.

Pada sesi itu, perdana menteri turut berpeluang berinteraksi dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya, Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Perlis dan Johor.

“Perdana menteri berharap BKC dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik Cov1d-19,” menurut kenyataan itu.

Pada 1 September, perdana menteri mengumumkan BKC seperti dijanjikan kerajaan sebelum ini menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang sepatutnya diagihkan pada Ogos, akan dikreditkan kepada penerima bermula 6 September.

Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September.

Ismail Sabri berkata, BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *