Cantik Berbaju Kebaya Untuk Majlis Kahwin Adik, Sekali Peminat Tak Izin Daiyan Trisha Kahwin!!

Kebiasaannya seseorang selebriti tidak kira lelaki atau perempuan sering diajukan soalan tentang soal jodoh.

Namun lain pula perihalnya dengan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha apabila rata-rata peminatnya tidak ‘mengizinkan’ dia untuk berumah tangga buat masa ini.

Luahan itu muncul selepas Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, berkongsi foto berbaju kebaya yang digayakan sempena hari pernikahan adik perempuannya pada 2 September lalu.

Foto: IG

“Adik saya kahwin… dulu,” tulisnya ringkas mengiringi posting berkenaan.

Perkongsian Daiyan itu ternyata mengundang pelbagai komen lucu dan usikan daripada peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

“Kakaknya kena lambat sikit la, nanti ramai yang patah hati.

“Daiyan jangan kahwin lagi nanti saya broken.

“Sabar la kakak.. keluar single dan keep on keluarkan single,” kata beberapa netizen.

Sementara itu Daiyan ketika dihubungi mStar seakan turut sependapat dengan peminatnya agar tidak terburu-buru untuk berkahwin.

“Saya masih single, tak ada plan nak kahwin dalam masa terdekat pun… nak fokus kerja dulu.

“Mungkin akan terus keluarkan single terbaharu kot,” katanya yang baru melancarkan single berjudul Penat pada pertengahan Ogos lalu.

Bagaimanapun Daiyan sempat berkongsi tentang ciri-ciri jejaka yang diidamkannya sebagai calon suami.

“Ciri-ciri yang saya cari mestilah yang kelakar, pandai, soft-spoken, bercita-cita, beradab dan setia.

“Saya memang tak suka lelaki yang sejenis follow ramai perempuan di Instagram dan suka like gambar perempuan lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Daiyan sempat bercerita tentang siri popular Money Heist musim kelima yang mula distrim sejak 3 September lalu.

Kata Daiyan sebagai salah seorang peminat siri yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu, dia kagum dengan jalan cerita yang diketengahkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

“Saya suka sebab ia sangat menarik, storyline cerita ini buatkan kita nak terus tengok.

“Karakter kegemaran saya semestinya Tokyo dan Berlin.

“Andai kata saya menjadi sebahagian daripada pelakon siri ini, saya akan guna nama Venice,” ujarnya. -CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.