China Tidak Lagi Benarkan TV Siar Imej Lelaki Tak Cukup Maskulin

Pemerintah China mengharamkan stesen penyiaran negara itu memaparkan imej lelaki berpewatakan lembut dan mengarahkan untuk mempromosikan ‘budaya revolusi’ bagi memperluaskan kempen kawalan terhadap perniagaan dan masyarakat serta menegakkan moral rasmi, lapor saluran berita Fox News.

Presiden Xi Jinping mengarahkan pelaksanaan ‘pembaharuan nasional’ itu dengan Parti Komvnis China mengawal ketat perniagaan, pendidikan, budaya dan keagamaan dalam visi untuk menjadikan masyarakat China sebagai lebih kuat dan sihat.

Kredit foto: AP/Voice of America

Menurut undang-undang televisyen negara itu, stesen penyiaran perlu ‘menghentikan tayangan imej lelaki yang bersifat keperempuanan’.

Mereka turut diarahkan untuk menggunakan istilah berbentuk penghinaan kepada golongan itu yang dikenali sebagai ‘niang pao’ yang bermaksud ‘bersikap keperempuanan’.

Ia menggambarkan selebriti China yang dipengaruhi imej keperempuanan daripada penyanyi dan pelakon dari Korea Selatan serta Jepun gagal dalam menggalakkan golongan lelaki muda di negara itu untuk bersifat maskulin.

Selain itu, stesen penyiaran turut perlu berhenti mempromosikan ‘selebriti internet yang tidak sopan’ serta sikap mengagumi kekayaan golongan tersebut.

Mereka sebaliknya, perlu mempromosikan budaya tradisional Cina, revolusi serta sosialis yang maju.

Selain itu, pemerintah turut mengenakan kawalan ketat terhadap selebriti dengan meminta stesen penyiaran untuk tidak menyiarkan selebriti yang ‘melanggar ketenteraman awam’ atau ‘tidak bermoral’.

Kredit foto: Dawn

Pelakon popular, Zhao Wei sebelum ini turut dilaporkan dipadam maklumatnya dari internet dan semua platform penstriman kerana dikatakan sering terlibat dengan kontr0versi. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://bm.cari.com.my/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *