Selepas Mahkamah Hantar Doktor, Zahid Terus Keluar Hospital. Ini Yg Beliau Ded4h Pada Media Selepas Mesyuarat

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersetuju untuk terus menggunakan jenama Keluarga Malaysia serta tidak lagi menggunakan penjenamaan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, itu antara panduan utama yang dibincangkan dan dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersama Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno.

“Kerajaan terus menggunakan jenama ‘Keluarga Malaysia’ dan kerajaan Malaysia serta tidak lagi menggunakan penjenamaan kerajaan PN memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara BN (Umno, MCA, MIC dan PBRS), PN (PPBM, PAS dan STAR), GPS dan PBS,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam kenyataan media, selepas mesyuarat MKT Umno di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Difahamkan mesyuarat di ibu pejabat Umno itu diadakan untuk membuat pendirian selepas Ismail Sabri mengumumkan barisan jemaah menterinya pagi tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan itu lagi MKT Umno juga bersetuju agar suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat dakwaan mengenai campur tangan politik dalam Jabatan Peguam Negara, institusi kehakiman dan keselamatan seperti didedahkan Tommy Thomas.

Ahmad Zahid berkata, Umno turut menyahut saranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti bagi bersama-sama menangani kemelut ekonomi, pandemik Covid-19 dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan baharu ini hendaklah segera memfokuskan usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dan proses vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok yang mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan virus,” katanya.

Umno mahu jadi pelopor

Untuk rekod ketika ini belum ada kenyataan rasmi dibuat Putrajaya mengenai nama rasmi kerajaan yang menguruskan negara.

Sebelum ini Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin – yang melepaskan jawatannya pada 16 Ogos lalu – menegaskan ia masih kerajaan PN yang hanya diketuai Ismail Sabri.

Muhyiddin juga menyatakan sokongan yang diberikan Bersatu kepada Ismail Sabri adalah bersyarat.

Pagi tadi ahli parlimen Bera itu mengumumkan jemaah menteri baru dengan mengekalkan kebanyakan ahli parlimen serta senator yang dipilih Muhyiddin pada tahun lalu.

Menurut Ahmad Zahid lagi kerajaan sekarang mestilah menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka.

Ia termasuklah menambah baik pakej-pakej bantuan rakyat pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik.

Turut dipersetujui malam ini, kata Ahmad Zahid, Umno mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi institusi dalam pelbagai cabang kerajaan.

“Ini termasuklah mewujudkan parlimen yang lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik, Akta Antilompat Parti dan (mengelakkan) campur tangan politik dalam pelbagai institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain,” katanya.

Zahid Keluar Hospital

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan kerana s4kit belakang.

Perkara itu dimaklumkannya sendiri dalam satu hantaran di Facebooknya yang memaklumkan dia dibenarkan keluar semalam.

“Syukur alhamdulillah dengan izin dan inayah-Nya saya telah dibenarkan discaj oleh pihak hospital semalam.

“Terima kasih kepada doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang menjaga serta merawat dengan begitu baik dan mesra. Terima kasih juga kepada semua yang mengambil berat dan sentiasa bertanya khabar tentang diri saya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada yang tidak jemu memanjatkan doa untuk kesihatan saya.Termasuk seluruh ahli Umno dan rakan-rakan media sosial saya,” tulis Ahmad Zahid di Facebooknya.

Pada 25 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi di Shah Alam melapangkan perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan mengekalkan 1 Sept untuk sambung bicara.

Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan pembelaan selepas meneliti surat hospital yang dikemukakan berhubung kecederaan dialami Ahmad Zahid.

‘Terima kasih’

Sementara itu, Zahid mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak, timbalannya Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan parti yang menziarahinya.

“Terima kasih kepada mereka yang berkesempatan sudi menziarahi saya sepanjang berada di hospital. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam kesibukan meluangkan masa menziarahi saya.

“Saya turut merasa amat terharu menerima jambangan bunga dan kad ucapan kiriman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *