“Tiada Timbalan PM” -Berikut senarai penuh barisan Kabinet baharu Malaysia 2021

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan kabinetnya untuk sama-sama menerajui pentadbirannya.

Dalam satu pengumuman yang disiarkan secara langsung pagi Jumaat, jawatan timbalan perdana menteri (TPM) tidak diwujudkan.

Sebaliknya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sekali lagi memegang jawatan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan (Pertahanan), manakala Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Selain itu, Datuk Seri Haji Fadillah Yusof memegang jawatan Menteri Kanan (Kerja Raya), diikuti Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Menteri Kanan (Pendidikan).

Peling mencuri tumpuan tentunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kini menerajui Kementerian Kesihatan sebagai Menteri Kesihatan.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020 mengumumkan kabinetnya merangkumi 31 menteri dan buat pertama kali dalam sejarah tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Sebaliknya dia mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertahanan, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pendidikan.

Muhyiddin pada 7 Julai lalu melantik pula Ismail Sabri sebagai timbalan perdana menteri sebelum meletak jawatan pada 16 Ogos sebagai perdana menteri ke-8 kerana hilang majoriti.

Ismail Sabri pada 21 Ogos lalu secara rasmi diangkat menjadi perdana menteri kesembilan selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PENGUMUMAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai senarai kabinet baharu pada pagi Jumaat sekali gus menjawab teka-teki rakyat Malaysia sejak beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 21 Ogos lalu.

Berikut senarai barisan Kabinet Malaysia 2021 yang diumumkan oleh Ismail Sabri:

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Menteri Kewangan

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri II: Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya

Datuk Seri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan

Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I: Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon

Timbalan Menteri II: Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Mastura Tan Sri Datuk Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Senator Tuan Idris Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: Datuk Hajar Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan

Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Menteri: Dato’ Dr Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Timbalan Menteri: Datuk Haji Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan

Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri: Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Seri Rina Harun

Timbalan Menteri: Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi

Dato’ Dr Noraini Ahmad

Timbalan Menteri: Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Timbalan Menteri

Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timabalan Menteri I: Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali

Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri II: Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar

Datuk Seri Mahadzir Khalid

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri II: Datuk Haji Hasbi Habibollah

Menteri Luar Negeri

Dato’ Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri: Haji Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: Dato’ Rosol Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa

Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Timbalan Menteri: Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Datuk Seri Dr Adham Baba

Timbalan Menteri: Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Tan Sri Noh Haji Omar

Timbalan Menteri: Tuan Muslimin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Datuk Dr Hajah Zuraidah Kamaruddin

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara

Datuk Halimah Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan

Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu

Timbalan Menteri:Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.