“Gelar Penerima Vaksin Dengan Panggilan Lembu”, -PU Syed Minta Pihak Berkuasa Ziarah Suhaimi Saad

Baru-baru ini, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad meluahkan rasa hormat kepada 779 guru di Johor yang enggan menerima suntikan vaksin Cov1d-19.

Menerusi satu entri di Instagram, Suhaimi turut mengatakan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mematuhi peraturan pelu menerima vaksin.

Kenyataan Suhaimi itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta pihak berkuasa ‘menziarahi’ bekas penyanyi kumpulan Inteam itu kerana dianggap keterlaluan.

Kata PU Syed, jika enggan divaksin, tidak perlu melabel penerima vaksin sebagai ‘lembu’. PU Syed turut meminta Suhaimi segera mendapatkan rawatan.

“Mohon @pdrmsia_official ziarah beliau..jauh sangat dah ni. Jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan. Jika taknak vaksin jangan dilembukan orang yang menerima vaksin..hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian tu,” tulisnya.

Sebelum ini, Suhaimi ada memuat naik perkongsian mengenai Tuanku Mahkota Johor (TMJ) mahu bertemu dengan 779 guru berkenaan. Suhaimi turut mempersoalkan mengapa guru-guru berkenaan menolak vaksin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.