Persoal kesetiaan lelaki Kelantan, bekas pramugari tak kisah dikec4m – “Saya memang berani, hati kering”

SEKADAR bertanya, namun lain pula reaksi yang diterima.

Begitulah yang dialami wanita ini apabila soalan mengenai ‘kesetiaan’ lelaki Kelantan menerusi video di TikTok miliknya mengundang kem4rahan segelintir individu.

Menurut Nur Shaliza Baharuddin atau lebih senang disapa Anje, video itu tidak ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya ia dibuat secara umum sahaja.

“Video saya tak ada kena mengena dengan orang yang dah meningg4l atau masih hidup. Ia sekadar content, tapi saya terkejut dapat banyak komen.

“Bila cakap mengenai negeri Kelantan, ada yang boleh terima dan ada yang tak boleh terima. Memang banyak kec4man. Ramai yang m4rah dengan statement itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya cuma tanya. Jadi anda kena jawab, betul atau tidak. Ada juga yang m4ki saya. Saya cuma nak selitkan mesej, tak kira lelaki dari negeri mana pun, kalau boleh jangan beri harapan palsu pada wanita.

“Kalau pasangan dah setia, pastikan anda balas balik kesetiaan itu,” ujar wanita berusia 28 tahun itu.

anje3

Wanita ini menerima kec4man selepas video miliknya tular di TikTok.

Menurut Anje, dia bagaimanapun sudah lali dengan kecaman dan tidak kisah dengan sebarang kata-kata yang dilontarkan kepadanya.

Jelas wanita dari Pahang itu, setiap individu berhak meninggalkan komen, namun sebaiknya ia ditulis dalam bahasa sopan agar tidak meluk4i hati orang lain.

Tolong jangan tinggalkan komen m4ki hamun dan menghin4. Boleh saja pesan baik-baik.

ANJE

“Saya memang jenis berani, tak kisah orang cakap apa. Saya tak pandang kiri kanan. Memang hati kering.

“Kita tak kira bangsa apa, kaya miskin, handsome, lawa atau tak lawa… tolong jangan tinggalkan komen m4ki hamun dan menghin4. Boleh saja pesan baik-baik, kita pun faham,” ujarnya lagi.

Dedah Anje, dia sebenarnya mempunyai darah kacukan Kelantan memandangkan bapanya berasal dari negeri itu.

Kata Anje yang turut berkebolehan bertutur dalam dialek Kelantan, dia juga suka makanan dari negeri itu dan sering berkunjung ke sana sebelum pandemik Cov1d-19 melanda.

anje2

Bekas pramugari itu kini menguruskan bisnes sendiri yang diusahakan sejak 2019.

Mengenai dirinya, Anje yang juga graduan bidang Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka pernah bekerja sebagai pegawai bank selama setahun.

Dia kemudiannya menyertai sebuah syarikat penerbangan dan bekerja sebagai pramugari selama dua tahun.

Jelas Anje, dia kemudiannya meninggalkan kerjaya di awan biru dan memulakan bisnes kecantikan dan kesihatan pada Oktober 2019.

Imbasnya, dia menerima banyak reaksi kurang senang dan dianggap rugi kerana sanggup meninggalkan kerjaya demi memulakan bisnes sendiri.

anje1

Anje menerima segala komen dengan hati yang terbuka.

“Saya memang suka berniaga sejak dulu. Kalau cuti semester, saya kerja dengan orang. Pada masa sama, jadi ejen dan dropship produk. Masa jadi pramugari pun saya masih jual produk.

“Kemudian saya berhenti untuk fokus bisnes. Ramai sangat bagi tanggapan negatif. Mereka kata sebelum ini saya kerja glamour, makan gaji sedap… kenapa nak penat-penat buat bisnes?

“Tapi saya tak kisah, saya nak cuba sesuatu yang baharu. Alhamdulillah, walaupun terkesan dengan pandemik, tapi ia tetap berjalan seperti biasa.

“Masa kerja bank dulu saya dah mula menabung sikit-sikit. Kemudian masa kerja pramugari pun saya simpan duit sehingalah mampu keluarkan produk sendiri,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.