Penyanyi Lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim Meningg4l Dunia

Industri hiburan Indonesia hari ini berduka apabila dikejvtkan dengan berita kem4tian penyanyi lagenda lagu Minang, Elly Kasim yang telah meningg4l dunia pada usia 76 tahun setelah berjuang melawan peny4kit r4dang usus yang dialaminya.

Dipetik dari Kompas, khabar duka tersebut diumumkan oleh organisasi perantau Minang (Minang Diaspora Network Global).

“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Atas nama Keluarga Besar Minang Diaspora Network-Global turut berduka atas berpulangnya ke Rahm4tullah Uni Elly Kasim Lagendaris Kebanggan Masyarakat Minang Sedunia.”- kata Presiden MDNG dalam sebuah kenyataan

Pihak MDNG berharap agar keluarga Allahyarhamah Elly Kasim diberi ketabahan.

“Semoga diampuni dos4-dos4nya, diterima amal ibadahnya, diberi tempat yang mulia disisiNya dan semoga Keluarga Beliau diberi kesabaran, ketabahan dan keihlasan Aamiin YRA.”- tambah MDNG

Rakan Selebriti Titip Ucapan T4kziah

Rakan selebriti tanah air seperti Nikita Willy dan Rizky Billar turut memberikan ucapan takziah terhadap Allahyarhamah menerusi Insta Stories.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un selamat jalan tante Elly Kasim, semoga Allah menempatkan beliau di tempat terbaik di sisi-Nya.”- tulis Nikita

“Innalillahi wainnailaihirajiun. Masih terkenang bagaimana begitu antusiasnya Almarhumah mengurus acara adat minang dalam tangkaian acara pernikahan saya.. Selamat jalan bunda, terima kasih sudah membantu proses acara saya sampai sukse. Al-Fatihah.”- kongsi Rizky pula

Untuk info, Elly merupakan seorang penyanyi yang sering membawakan lagu-lagu Minang dan mempunyai hampir 100 album solo. Beliau juga merupakan perancangan perkahwinan khusus adat Minang yang dikenali sebagai Elly Kasim Collection.

Selain menguruskan perkahwinan Nikita, beliau turut terlibat dalam pra perkahwinan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah, Majlis Bainai Lesti Kejora dan Rizky Bilar.

Sama-sama kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang beriman..Al-Fatihah..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : muraimy

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.