Nurul Zahid Cakap S4kit Bukan Boleh Buat-Buat, Tak Sangka Ini Tindakan Mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan memanggil seorang doktor pakar sebuah hospital swasta supaya menjelaskan keadaan kesihatan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau tidak hadir pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan haram yang dihadapinya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, sapina akan dikeluarkan kepada doktor berkenaan agar beliau hadir bagi menjelaskan prosedur yang akan dijalankan terhadap Ahmad Zahid serta tempoh masa yang diperlukan sebelum tertuduh benar-benar pulih.

“Mahkamah tidak boleh membenarkan sebarang penangguhan lagi dan akan memanggil doktor berkenaan menjelaskan keadaan kesihatannya serta prosedur yang akan dijalankan,” jelas beliau.

Sebelum itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan, Presiden UMNO itu tidak dapat hadir kerana akan menjalani prosedur pada bahagian tulang belakangnya di sebuah hospital pakar hari ini.

Menurut peguam bela, Ahmad Zahid mengalami kesakitan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama.

Mahkamah sepatutnya mendengar penghujahan kes Ahmad Zahid, 68, yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Presiden UMNO itu didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.

Kesal4han mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

PM ziarah Ahmad Zahid di hospital

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, hari ini.

Perkara itu dikongsi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan sambil beliau mendoakan Ahmad Zahid kembali sembuh.

“PM (Perdana Menteri) melawat DS (Datuk Seri) Zahid malam ini. Semoga Presiden Umno kembali sihat dengan izin Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook (FB) miliknya, malam ini.

Beliau memuat naik dua gambar yang satu daripada memperlihatkan kedua-dua pemimpin itu.

Selain itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berkongsi kegembiraan melihat hubungan baik antara Presiden dan Naib Presiden Umno itu.

“Seronok melihat hubungan kasih sayang dan kemesraan dua sahabat baik, bak air dicincang tidak sesekali terputus.

“Walau kini di puncak kuasa, tetap menghormati nakhodanya. Syabas YAB Datuk Seri Ismail Sabri. Moga Allah berikan kesembuhan sempurna buat Datuk Seri Presiden Umno,” katanya dalam satu hantaran di FB miliknya, malam ini.

Asyraf Wajdi turut berkongsi gambar kedua-dua pemimpin berkenaan.

Terdahulu, kes Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, ditangguhkan berikutan beliau perlu menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang, pagi ini.

Terdahulu, kes itu hari ini ditetapkan untuk hujahan lisan selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 19 Mac lalu.

Bagaimanapun, sebaik saja prosiding itu bermula, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu mahkamah, anak guamnya tidak hadir pagi ini kerana perlu menjalani rawatan intervensi sakit.

Katanya, Ahmad Zahid mengalami kecederaan itu akibat terjatuh dan berada dalam kesakitan sekiranya duduk terlalu lama

ISMAIL Sabri menziarahi Ahmad Zahid di hospital, hari ini. FOTO ihsan FB Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Sakit bukan boleh buat-buat – Nurul Zahid

Kuala Lumpur: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi menjalani pembedahan, hari ini.

Perkara itu dikongsi anak perempuannya, Datuk Nurul Hidayah di Instagram miliknya yang memaparkan ayahnya ditolak masuk ke dalam Dewan Bedah.

Nurul Hidayah turut menyatakan video berkenaan dirakam tanpa pengetahuan ayahnya.

“Saya tergerak hati nak rakamkan secara sembunyi tanpa pengetahuan Abah sebab saya tahu ini akan jadi bukti kepada umum bila ia diperlukan.

“Sangkaan saya amat tepat! Belum pun Abah selesai di OT (dewan bedah) berita fitnah tersebar yang dia sedang ‘berehat’ di hospital untuk elak kes mahkamah! Tidak masuk akal. Benda sakit ni bukan boleh buat-buat.

“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya. Saya yang bertanggungjawab tunggu dan jaga Abah sepanjang dia di hospital,” katanya.

Nurul turut berkongsi satu lagi hantaran memaklumkan bahawa pembedahan dilakukan ke atas Ahmad selesai dijalankan.

“Alhamdulillah Abah dah selesai OT (pembedahan) dan sampai bilik, Abah mengadu pada mak dan saya.

“Mak kemudian meminta Abah bersabar sebelum mencapai tasbih dan memintanya berzikir. Indah cukup indah. Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: http://trendingsangat.pw/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.