“Dulu baha normal” – Video Viral Sebab Sembang MeIaIut, Rupanya Ada Kisah Sed1h Pasal Abang Agraban

Kalau korang ingat beberapa tahun lalu, viral rakaman seorang pekerja stesen minyak ni yang yakin menjawab setiap soalan yang diajukan padanya.

Dikenali sebagai Abang Agraban, sungguh petah berkata-kata dan memberi jawapan walaupun ramai yang kadang-kadang tu ‘pening’ dengan apa cuba disampaikannya.

Seorang yang pandai.. Habis belajar form 6

Namun siapa sangka, sebenarnya Abang Agraban atau namanya dikenali sebagai Baha ni ada 1001 kisah sedih yang menimpanya.

Cerita ini dikongsikan oleh adik perempuannya melalui akaun @sayatiarachannel, dia menjelaskan bahawa abangnya seorang yang pandai dan berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pun begitu, dia terpaksa melupakan hasrat disebabkan masalah yang menimpa di samping dia perlu menyara keluarganya.

Mungkin dugaan dan cabaran yang datang tu sangat besar, hinggakan Baha jadi terlampau stress dan pernah nekad untuk cuba bunuh dirinya.

Abang Agraban 4

Rumah kena lelong… Bakar semua sijil sekolah

Jelas tiara lagi, dulu mereka adik beradik tinggal dalam keadaan yang agak senang tetapi semuanya hilang apabila rumah mereka terpaksa dilelong. Keadaan mereka yang susah itu,  membuatkan Baha yang juga merupakan abang sulung terpaksa mencari jalan nak bagi adik-adiknya makan sampaikan dia perlu keluar cari ubi kayu untuk dimakan.

Disebabkan memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga, Baha lakukan banyak pekerjaan seperti ambil upah cuci pinggan dan bekerja di kedai makan.

Tapi paling mengejutkan, apabila Tiara memberitahu bahawa Baha membakar semua sijil sekolahnya yang dah lama dikumpul disebabkan terlampau kecewa tak dapat nak sambung pelajaran.

Walaupun dia kecewa, tapi dia tetap bertanggungjawab dan meminta adik-adiknya untuk terus menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

VIDEO 1:

VIDEO 2

@sayatiarachannnel

saya akan buat youtube baha..sekarang saya bz dengan study..terima kasih atas doa semua ##fyp ##fypシ

♬ original sound – tiara 🇲🇨🇲🇾🇹🇷🇵🇰

“Dlm dye hiburkan org, dye lh yg pling perit”

Menjengah ke ruangan komen, nyata apa yang dilalui oleh Baha ini tak pernah disangka oleh rata-rata netizen yang melihat koleksi video tersebut. Selain tu juga, ada yang cadangkan untuk Baha mempunyai channel YouTube sendiri disebabkan kebolehannya berkata-kata di samping penggunaan ayat yang lucu.

Reak Abang Agraban 1 Edit

Reak Abang Agraban 2 Edit

Reak Abang Agraban 3 Edit

Dari kisah Baha ni kita boleh belajar, jangan mudah menilai seseorang tu sebab kita takkan tahu apa sebenarnya yang dia ada selama ni.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : lobakmerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *