“Allah Bagi Otak Untuk Fikir”- Nedim ‘Sound’ Pengikut Nora Danish Sebab Pertik4ikan Bawa Anak ‘Dine-In’

Sejak  kerajaan telah membenarkan dine-in di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 20 Ogos 2021 yang lalu, ramai pula berkongsi rasa tidak puas hati. Ramai yang menasihati walaupun sudah divaksin penuh, namun tetap kekal duduk di rumah dan elak untuk dine-in di restoran.

Walaubagaimanapun, ramai juga yang mengambil kesempatan dari kelonggaran ini untuk tidak melepaskan peluang membawa anak-anak ke restoran.

Foto: Instagram @noradanish

Terbaru, pelakon Nora Danish dilihat telah memuatnaik sebuah foto di Instagram bersama keluarganya sedang berada di sebuah restoran. Dalam gambar tersebut Nora menulis kapsyen;

“Makan malam bersama anak-anak lelaki ini sebelum sekolah bermula”- tulisnya.

Tak pasal-pasal, netizen telah mempertik4ikan Nora Danish dine-in bersama anak.

“Budak-budak dah boleh bawa keluar ke?”- tulis seorang pengikut Instagram dengan nama akaun @nora97211

“biasa la vip..kita ni rakyat biasa buat macam ini terus kena s4man”- tulis @byebyeaeriff

Nampaknya persoalan dan tuduhan yang ditimbulkan oleh netizen ini mendapat perhatian suami Nora, Nedim Sujak atau dikenali sebagai bos Ned. Tinjauan Murai di ruangan komen, Nedim membalas dengan kenyataan ini.

“@zeke8765 @byebyeaeriff Allah bagi otak untuk fikir & Bila KKM & MKN bagi announcement rajin lah membaca , Kalau malas baca jadi & b0doh , Jangan komen! Masuk ke website MKN & sila baca. Kanak-kanak bawah 17 harus di temani oleh ibu bapa. Sekian” tulis Nedim dengan menambah emoji ketawa.

Tak pasal-pasal dah kena ‘sound’ netizen-netizen ni. Rata-rata komen dari netizen lain bersetuju dengan kenyataan Nedim. Mereka berharap orang ramai yang membawa anak-anak ke restoran supaya dapat menjaga SOP dengan baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : muraimy

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.