Ini Yang Berlaku Di Media Sosial Najib Selepas Muhyiddin Ditumb4ngkan

Para pemimpin di Malaysia turut tidak ketinggalan menyertai gelombang media sosial, sama ada digunakan sebagai wadah menyampaikan berita, menyebarkan propaganda, mengkritik parti lain dan mendedahkan cerita-cerita panas politik.

Tidak dapat dinafikan kuasa media sosial sama ada daripada aspek positif atau negatif amatlah ketara terutamanya dalam dunia politik.

Dalam konteks Malaysia, jika sebelum pilihan raya ke-14 pada tahun 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin paling berpengaruh di media sosial sehingga digelar Raja LiveFB.

Namun, dengan hashtag Malu Apa Bossku, Datuk Seri Najib Tun Razak mula meraih sokongan netizen terutamanya kelompok pengguna laman sosial muda sehingga digelar Raja Troll.

Yang pasti, hari ini berdasarkan statistik jumlah pengikut di Facebook dan Twitter, Najib merupakan pemimpin paling berkuasa di media sosial Malaysia apabila menjadi pemimpin politik yang memiliki pengikut paling ramai.

Berdasarkan laman web Socialbakers yang menganalisis statistik media sosial, Najib berada di depan dengan 3.9 juta pengikut di Facebook dan 4.2 juta pengikut di Twitter.

Senarai 10 pemimpin Malaysia dengan pengikut tertinggi di Facebook dan Twitter.
Dr Mahathir berada di tempat kedua di Facebook dengan jumlah 3.6 juta pengikut, tetapi ranking kedua di Twitter pula menjadi milik Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan 2.4 juta pengikut.

Juara carta pemimpin paling banyak pengikut di laman media sosial akan sentiasa berubah, namun yang pasti media sosial kini merupakan ‘senjata’ penting ahli politik dalam memikat hati penyokong mereka

Media sosial sasarkan Najib selepas Muhyiddin ditumb4ngkan

Najib Razak kini menjadi sasaran kritikan di Facebook, menyertai pimpinan pembangkang dan sekutu mereka dalam kalangan aktivis terkemuka dalam menggesa peletakan jawatan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, kritikan berterusan yang diterima Najib itu menandakan peralihan dari beberapa keadaan sebelum ini di mana beliau menggunakan media sosial untuk mempertikaikan cara kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Najib kini dilihat gembira dengan peletakan jawatan Muhyiddin dengan satu baris ayat yang sering menonjol dalam kempen media sosialnya sejak tumbang dari tampuk pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum 2018.

Bahkan dalam hantaran yang menggesa rakyat Malaysia menyokong kontinjen negara ke temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020, beliau turut dilihat dikritik ekoran peranannya yang menjadi punca kelompongan kuasa ketika negara dilanda pandemik.

“Hilangnya TSMY dari hiraki Kabinet kerajaan, hilang jugak idea bijaksana anda berkait Covid.

“Biasanya anda mulakan setiap hari baru di muka buku dengan ratib wirid pelbagai salah silap TSMY bersabit Covid-19. Barangkali juga bersama-sama TSMY ada Covid 19? Hilang TSMY, maka hilanglah Covid-19,” kata seorang pengguna.

Seorang pengguna lagi dilihat mengingatkan Najib mengenai ahli-ahli Parlimen yang beliau kumpulkan untuk menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin sehingga kerajaan hilang majoriti.

“Waktu sukan Olimpik tempoh hari, menteri KBS dari Umno ada di sisi atlet-atlet berjuang.

“Tetapi angkara 15 ekor MP yang bangang, kini atlit paralimpik terpaksa berjuang tanpa kelibat seorang menteri KBS,” katanya merujuk Reezal Merican Naina Merican, salah seorang dari 20 ahli Parlimen Umno menolak untuk mengikut gesaan Najib untuk meletakkan jawatan.

Najib bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjadi pemimpin utama dalam siri percubaan menggulingkan Muhyiddin.

Kedua-dua mereka juga turut mendukung pemimpin PKR Anwar Ibrahim dalam usahanya menduduki jawatan perdana menteri.

Pengikut p4lsu

Sejak beliau tumbang pada 2018 dan disusuli dengan pelbagai pendedahan jutaan wang tunai dan barangan mewah yang disimpannya, pasukan komunikasi Najib telah berusaha untuk membina semula imejnys menggunakan kuasa media sosial.

Bekas perdana menteri itu mengumpul sekurang-kurangnya 4.5 juta pengikut di Facebook.

Bagaimanapun wujud keraguan mengenai angka tersebut sekitar lapan tahun selepas sebuah syarikat pemaju perisian yang berpangkalan di United Kingdom mendedahkan Najib adalah pemimpin politik utama yang memiliki pengikut p4lsu.

Menggunakan “Fake Follower Check” yang dibangunkan Rob Waller, beliau mendapati Najib memiliki jumlah pengikut p4lsu paling tinggi dibandingkan tujuh pemimpin lain dari Amerika Syarikat, Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.

Beliau turut mendapati sekitar 70% dari 1.4 juta pengikutnya pada waktu itu adalah akaun p4lsu.

Aplikasi yang dibangunkan Waller itu kemudian dibat4lkan susulan beberapa perubahan berlaku dalam ekosistem media sosial.

Setakat ini, masih tidak ada aplikasi atau alat efektif yang mengenal pasti keaslian sokongan dalam media sosial, terutamanya dengan kewujudan “cybertrooper” – mereka yang ditugaskan untuk memberikan sokongan kepada agenda seseorang pemimpin dengan menggunakan akaun p4lsu.

INI KOMEN NAJIB RAZAK SELEPAS ISMAIL SABRI SELESAI BERI UCAPAN

Selepas selesai ucapan pertama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengeluarkan satu kenyataan untuk Perdana Menteri Ismail Sabri.

“Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna.

“Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.

“PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini – iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melawan Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi.

“Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

“Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini.

“Kita maju jaya bersama.

Beriktu pula antara reaksi netizan di laman Facebook beliau

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: http://trendingsangat.pw/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.