[VIDEO] Amanat Terakhir Tan Sri Muhyiddin Yang Buat Ramai Seb4k

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan amanat terakhirnya kepada pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

Situasi pilu yang menyelubungi suasana ketika itu turut dirakam dan dikongsikan ke laman Facebook rasminya hari ini.

Dalam amanat tersebut, Muhyiddin dengan rendah hati mengakui bahawa tempoh pimpinannya mungkin tidak sepanjang Perdana Menteri lain.

“Saya mungkin adalah Perdana Menteri paling pendek memegang jawatan. Saya kira saya telah buat apa saya fikir diperlukan untuk selamatkan nyawa rakyat jelata, tentukan mereka ada makanan di atas meja dan nyawa mereka selamat,” katanya dalam amanat tersebut.

Dalam pada itu, walaupun sempat memimpin negara dalam waktu yang singkat, namun Muhyiddin turut mengakui tugasnya sangat mencabar kerana perlu mengharungi suasana p4ndemik Cov1d-19.

Jelasnya, Malaysia ketika ini sangat bersungguh-sungguh untuk mencapai imunisasi kelompok melalui pembelian vaksin secara besar-besaran kerana segalanya adalah demi nyawa rakyat.

Selain itu, antara intipati menarik adalah beliau menyatakan tentang pendiriannya yang istiqamah memerangi gejala rasuah dan penyelewengan sepanjang memimpin kerajaan.

Di penghujung amanat, Muhyiddin sempat menitipkan kata-kata menyentuh hati mengenai perjalanan jatuh bangunnya daripada sudut kerohanian.

“Sebagai pengata akhirnya, itulah nasihat saya. Perjalanan kita ini, laluannya siratal mustaqim (jalan yang lurus). Nak sampai ke mana? Ke ‘sana’ tu, jannatunnaim (syurga Na’im).

“Jadi pertimbang kita ini duniawi. Sebab itu bagi saya, hilang jawatan Perdana Menteri, itu hanyalah duniawi. Saya tak boleh bawa ke mana pun,” katanya.

Pada ucapan akhirnya, Muhyiddin turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai yang pernah berkhidmat bersamanya dahulu.

Justeru, beliau mendoakan agar semua penjawat awam di negara ini dapat melakukan yang terbaik demi kesejahteraan negara.

VIDEO

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: siakapkeli

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *