SuItan Johor Dan TMJ KeIuar Satu Ayat Yg Cukup MendaIam Dan Kebetulan Hari Ini Persidangan Raja Raja

SuItan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran berkaitan sifat-sifat orang m.unafik di media sosial Baginda.

Mnerusi kemas kini tersebut, Sultan Ibrahim berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari yang menjelaskan tanda-tanda orang m.unafik.

” Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tanda-tanda orang m.unafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdu.sta dan apabila dia berjanji dia memungki.ri dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhi.anati.”

Sementara itu, semakan di Instagram Story Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula, baginda menulis: “A true leader cannot be bought” (Pemimpin sejati tidak boleh dibeli).

Terbaharu, menerusi satu kenyataan di Facebook, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata, kestabilan dan kehidupan rakyat adalah keutamaan dan bukan kepentingan peribadi.

Sultan Johor beri amaran

Sebelum ini, Sultan Johor antara yang lantang memberi amaran kepada mana-mana individu yang cuba menjatuhkan kerajaan Negeri sedia ada.

Baginda bertitah tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri, selain tidak akan melayan permainan poIitik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang terus bertelagah sampai mengganggu negeri dan kerajaan.

Raja-Raja Melayu telah bersidang beberapa kali sejak tahun lalu berikutan ke.meIut poIitik dan pandemik COVlD-I9 yang melanda negara.

Majlis Raja-Raja Melayu bersidang pilih PM

Terdahulu istana Negara menjadi tumpuan ramai hari ini kerana Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dijangka akan membincangkan tentang pemilihan calon Perdana Menteri ke-9.

Ia susulan semua Ahli Parlimen telah menyerahkan surat akaun bersumpah (SD) kepada Istana Negara mengenai calon Perdana Menteri yang mereka sokong pada 18 Ogos 2021.

Menurut laporan Star Online, Raja Perlis serta Sultan Johor dan Sultan Kelantan tidak hadir dalam pertemuan hari ini.

Ismail Sabri sah dilantik menjadi PM ke-9

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memperkenan pelantikan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakub sebagai perdana menteri baru menggantikan Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatannya Isnin lalu.

” Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

” Proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan pandangan dengan pelantikan perdana menteri ini, kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik COVlD-I9 dengan segera.

Ini demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat krisis dan ancaman pandemik ini.

” Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, ke.meIut poIitik dapat diakhiri dengan segera dan kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda poIitik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik CCOVlD-I9 demi kepentingan rakyat dan negara.

” Seri Paduka Baginda mengulangi pandangan bahawa rakyat tidak wajar dibebankan dengan ke.meIut poIitik yang tidak berkesudahan pada ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kemurungan ekonomi akibat pandemik COVlD-I9.

” Ahli-ahli Dewan Rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara itu, Seri Paduka Baginda turut menyeru seluruh rakyat agar terus bertenang dan bersama Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan dijauhi dari sebarang mus.ibah serta w.abak COVlD-I9 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

Pelantikan Ismail Sabri, 61, dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bermula jam 2.30 petang di Istana Negara, hari ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://www.asiakini.com/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.