“21 Ogos Ini Hari Patah Hati” -Ramai Peminat Luah Rasa Kecew4 Di Ruangan Komen Dapat Berita Remy Ishak ‘Off Market’

PATAH hati, kecew4 dengan imoji ‘br0ken heart’ antara yang ditinggalkan peminat di Instagram milik pelakon Remy Ishak sejak malam Khamis.

Pengumuman Remy untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan iaitu Ezza Yusof nampaknya memberi kesan kepada segelintir peminat pelakon filem Pulang itu.

Walaupun ada yang kecewa, ramai juga yang memberi sokongan dan mendoakan majlis perkahwinan pada Sabtu ini berjalan lancar.

“Saya baca berita, tahniah crush. Tak sangka dia dah nak kahwin, sedihnya.

Remy 1

Antara komen peminat (kiri) dan status Ezza.

“Saya kecewa, terngiang-ngiang dia nak nikah Sabtu ni. Tapi saya tetap minat Remy. Wife tolak tepi.

“Tahniah… 21 Ogos ni hari patah hati. Saya minat sangat abang Remy,” demikian antara komen netizen.

Pada Khamis, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas tunangnya iaitu Ezza Yusof pada Sabtu ini.

Majlis pernikahan itu akan diadakan di sebuah lokasi di ibu negara secara tertutup berikutan negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas doa doa yang baik untuk saya dan Remy.

EZZA YUSOF

AHLI PERNIAGAAN

Sementara itu, Instagram bakal isteri Remy iaitu usahawan Ezza Yusof juga mula mendapat perhatian netizen terutamanya peminat-peminat Hero Malaya berkenaan.

Rata-rata mereka memberi komen positif dan ucapan tahniah serta mendoakan urusan pasangan itu dipermudahkan.

“Tahniah kak, kami tumpang gembira. Semoga dipermudahkan urusan esok,” ujar netizen.

Malah pelakon Tiz Zaqyah turut meninggalkan imoji love pada posting terbaharu wanita itu.

Remy kongsi perjalanannya bersama Ezza sepanjang lapan tahun perkenalan.

Remy dan Ezza sudah berkenalan sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu menghargai ucapan dan doa orang ramai, Ezza menerusi Instastory mengucapkan terima kasih atas kata-kata yang baik untuk dia dan Remy.

“Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas doa doa yang baik untuk saya dan Remy. Semoga urusan anda semua juga dipermudahkan Insya-Allah. Amin” tulisnya.

Ezza merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai bisnes kasut jenama 2morrow.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.