“Suami Saya Selalu Puji Mawar, Saya Jadi Cemburu” -Mawar Rashid Maafkan Wanita Yang Cemburu Dengannya

Pelakon Mawar Rashid, 26, mendedahkan menerima kiriman mesej daripada seorang wanita yang tidak dikenali yang mengakui pernah berasa cembvru dengan keperibadian peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu.

Suami suka puji jadi saya cembvru

Berdasarkan kiriman mesej yang dihantar di Instagram (IG), wanita itu berasa bers4lah kerana pernah melontarkan kata-kata yang keterlaluan gara-gara suaminya kerap memuji pelakon itu.

Saya nak mohon maaf atas kelakuan saya pada Mawar saya pernah kata bukan-bukan kat Mawar sebab dulu suami saya suka puji Mawar jadi saya cembvru. Saya pun cakap bukan-bukan pada Mawar.

Maafkan kelakuan saya Mawar sebab pernah buat dos4 pada Mawar. Saat itu saya sangat bodoh sampai sanggup kata bukan-bukan pada Mawar.

Saya hanya mampu doa segala urusan Mawar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat kelak.  Mawar sejujurnya saya cembvru dengan Mawar. Saya b0doh, saya lupa Allah.

Saya malu pada Allah

Tambah wanita berkenaan, dia juga berasa cemburu kerana pelakon drama TQ Captain itu sudah berhijab dan pandai mengaji sedangkan dirinya tidak sebegitu.

Mawar dah berhijab dan pandai mengaji. Sedangkan saya tak berhijab lagi dan mengaji pun tak pandai. Solat jauh sekali.

Saya malu pada Allah tapi kenapa saya berat nak lakukan perkara yang disuruh. Semoga di syurga tertulis nama Mawar dan suami serta keluarga. Maafkan saya Mawar.

Dalam pada itu, isteri kepada usahawan Raden Ahmad Faizal Yaakob memilih untuk memaafkan wanita berkenaan selain mendoakan agar dipermudahkan urusan untuk berubah ke arah kebaikan.

Sumber: Instagram @mawarashid

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : obulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *