Wanita H4mil Kongsi Pengalaman Dij4ngkiti Cov1d-19 Tahap 5, Sukar Bernafas & Hampir Putus Asa

Sejak kebelakangan ini, kisah mengenai ibu mengandung dijangkiti wab4k Cov1d-19 menjadi perhatian ramai. Malah ada juga di antara mereka yang telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan meningg4l dunia.

Disahkan positif walaupun tak ada simptom

Menerusi kisah yang dikongsikan oleh Noor Sharini di Facebook, dia menceritakan pengalamannya menjadi bekas pesakit Cov1d-19 tahap lima semasa dia sedang mengandung lima bulan.

Masa 23/7/2021 disahkan positif. Walaupun tak ada simptom, doktor suruh pakai gelang dan kuarantin di rumah.

Masa kuarantin kat rumah dua hari, anak-anak tak faham kena jauh dari umi dia. Walaupun bilik asing tetap juga dorang datang tidur dengan kita. Tunggu umi dia bangun layan dorang. Masa ni dah start batuk, seram sejuk dan asyik berselubung. Lega demam tu kejap je lepas tu datang balik. Memang anak terbiar, nasib ada suami yang baik.

Hari seterusnya wanita berkenaan mula tidak berasa selesa dan kerap merasa penat yang melampau. Setelah berbincang, suaminya menghubungi ambulans kerana fikir keselamatan dia dan bayi dalam kandungan.

Bila ambulans sampai, benda paling sedih tak dapat peluk cium anak-anak sebab deria bau memang dah tak ada. Masa naik, anak-anak macam pelik je tengok. Alhamdulillah dorang tak nangis mungkin tahu umi memang tak sihat.

Sejurus tiba di wad kecemasan, dia mendapati ramai pesakit Cov1d-19 yang menunggu untuk diberikan gas oksigen. Hasil pemeriksaan, doktor menyesaki terdapat kuman dalam paru-parunya. Namun keesokan harinya, oksigen dalam badannya menurun sehingga 89% dan ketika itu pihak hospital telah menghubungi suaminya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Setelah dipindahkan ke wad baru, wanita berkenaan diminta tidur secara meniarap kerana paras oksigen masih dalam keadaan tidak baik, namun dia tidak boleh tidur seperti itu kerana sedang mengandung.

Oksigen tak sampai ke paru-paru

Walau bagaimanapun, dia dipindahkan lagi ke bilik berhadapan dengan doktor bertugas untuk pemantauan dan jururawat yang bertugas ketika itu turut memberinya kata-kata semangat supaya wanita tersebut kuat untuk berjuang demi anak dalam kandungan.

Keesokan harinya, oksigennya masih tidak sampai ke paru-paru dan jururawat memakaikannya tiub buang air kecil dengan pampers. Lebih mengejutkan lagi apabila doktor memberitahunya bahawa kini dia berada di tahap lima jangkitan Cov1d-19.

Menurutnya, doktor telah menyarankan untuk memakai mesin oksigen booster atau lebih dikenali sebagai C-PAP. Setelah dua hari memakai C-PAP, terdapat perubahan positif terhadap dirinya namun, keadaannya masih lagi lemah.

Masih lagi dalam di wad pemantauan depan mata doktor. Masa ni tidur je. Bangun pun nurse kejut untuk makan. Lepas makan tidur balik. Rasa penat macam berlari 100 meter. Nak video call anak-anak pun tak berdaya.

Setelah 17 hari berada di hospital, akhirnya dia dibenarkan keluar dan dia turut rasa berdebar untuk bertemu dengan suami serta anak-anaknya setelah lama tidak berjumpa. Walaupun telah pulih daripada Cov1d-19, masih ada kesan sampingan antaranya cepat merasa penat dan masih lagi batuk.

Sumber : Noor Sharini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : obulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.