Ismail Sabri Muatnaik Satu Gambar Makan Sarapan, Tapi Ada Satu Komen ‘Makan Dalam’ Paling Raih Perhatian

Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 4 petang esok.

Tajuddin berkata, Ismail Sabri sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti 111 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

“UMNO dan BN bersama-sama dan bersetuju mencalonkan satu nama. Tentunya (calon itu mesra kepada semua parti luar BN).

“Ya, (calon itu) Ismail Sabri. Kami sudah melepasi sempadan (majoriti 111 untuk membentuk kerajaan),” katanya kepada media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat antara Ahli Parlimen BN bagi memutuskan calon Perdana Menteri yang perlu dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebelum jam 4 petang, esok.

Ia susulan notis dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akuan bersumpah menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara, sebelum tempoh berkenaan.

Ditanya parti yang turut memberi sokongan kepada Ismail Sabri, Tajuddin berkata, ia diperoleh daripada Perikatan Nasional (PN).

“Kami mendapat sokongan daripada BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PAS,” katanya.

MUAT NAIK GAMBAR SEDANG SARAPAN TAPI ADA SATU KOMEN DAPAT PERHATIAN

Nama Ismail Sabri trending di media sosial dan angin yang kuat mengatakan bahawa beliau adalah calon yang bakal menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 9.

Ismail Sabri atau netizen memanggilnya Paklong telah memuatnaik satu gambar sedang bersarapan.

“Baru nak breakfast berdua.. Si oyen ni nak join jugak.” – Ismail Sabri

Gambar tersebut dihujani dengan ayat tahniah kerana dipilih menjadi Perdana Menteri tetapi ada satu komen yang mendapat beratus tanda like.

“Good luck DS… Kalau btl diberi peluang jadi PM… Jangan lupa beli lock pintu yg elok sikit… Tak pun tak payah buat pintu terus”

Ayat pintu belakang ini berkenaan dengan satu status Ismail Sabri ketika masih berada dalam kerajaan dan waktu itu kes c0vid meningkat naik.

Hantaran Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob di laman sosial tentang “pintu depan” mengundang seribu tanda tanya di alam maya.

Dilampirkan bersama gambarnya – yang juga menteri kanan (kluster keselamatan) – sedang menutup pintu pejabatnya. Hantaran yang disertakan kapsyen tergantung itu mengundang teka-teki.

“Saya dah tutup pintu depan tapi ………………..” katanya disertai emoji sedih.

Meskipun hantarannya itu tidak merujuk kepada sesiapa atau menyebut mana-mana keadaan, di ruangan komen, nampaknya ramai juga warga maya mempunyai tafsiran sendiri terhadap kata-kata tersirat ahli parlimen Bera itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *