Abang Polis Nampak Cool Dah Bawa R1fle Tapi Sempat Melayan Kucing, “Kucingnya Pun Menggatal…”

Pasti ramai yang setuju bahawa kucing adalah haiwan yang berupaya untuk mencairkan hati sesiapa sahaja. Malah lelaki yang kelihatan gagah dan tegas juga boleh goyah apabila berdepan dengan haiwan itu.

Atas sebab itu jugalah ramai para bapa yang pada awalnya tidak inginkan kucing di rumah akhirnya menjadi orang yang paling sering meluangkan masa dengan kucing mereka.

Seperti yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini pula, seorang pegawai polis yang menjaga pintu masuk premis kerajaan dengan senjata di sisi tidak dapat mengawal diri dari memberikan perhatian kepada seekor kucing yang lalu di kawasan itu.

Gambar yang dikongsikan pengguna Twitter Mamuvies itu menunjukkan abang polis berkenaan bersama beberapa rakan sekerjanya yang lain sedang menjaga pintu masuk Istana Negara apabila perhatiannya teralih oleh kehadiran seekor kucing.

Apa yang mencuit hati netizen adalah walaupun anggota polis itu memegang senjata, dia tetap tewas dengan kecomelan kucing berkenaan.

Abang polis tersebut kemudian dilihat sibuk cuba menarik perhatian si bulus itu dan mengusap kucing berkenaan sehingga tidak dapat fokus, mengundang geli hati ramai.

“Sekarang aku tahu kelemahan dia…”

“Boleh kena saman tak…”

“kucingnya pun gedik…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.