“Makin Ramai Artis Wanita Berhijab” -Ini Antara 3 Artis Yang Tampil Berhijab Baru-Baru Ini, Minta Terus Doakan Istiqamah.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pengacara, Nana Mahazan dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Nana sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami, Mohammad Raqeem Brian Abdullah.

Ketika menjawab pertanyaan pengikutnya tentang imej berhijab, bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu berkata dia sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkara perubahan yang sedang dijalani kini.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya (penampilan bertudung). Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.

“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya,” katanya.

Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia percaya sesuatu perubahan tidak akan terjadi sebelum tiba masanya.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi, sejujurnya sebagai manusia biasa perubahan perlukan masa dan inilah harinya.

“Sekali lagi, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan terima saya seadanya. Apapun, saya masih Nana yang dulu dan insya-Allah saya akan buat yang lebih baik lagi,” kata pemilik nama lengkap Nurul Hana Che Mahazan itu.

Suaminya, Brian ketika mencelah berkata, dia tidak pernah mendesak isterinya ke arah ‘berhijrah’ dan lebih selesa memberi ruang kepada Nana untuk bersedia jika sudah tiba masanya.

“Bagi saya, asalkan Nana sendiri dah bersedia nak memakai tudung, saya okey saja untuk terus memberi sokongan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah pun memakai tudung dengan rela hati,” katanya.

Fieya Julia – ‘Tolong padam foto saya tak berhijab’

KUALA LUMPUR: Tampil berhijab, penyanyi Fieya Julia memohon doa peminat agar dirinya istiqamah.

Fieya atau nama sebenar, Nur Syafiyah Sejali, berkata hajat untuk berhijab sudah lama tersimpan dalam hati.

“Sebelum ini, Fieya simpan hasrat bertudung. Malah, sesekali Fieya cuba berhijab. Cuma Fieya tidak kongsi dalam media sosial.

“Ketika itu, Feiya ragu-ragu. Lagipun, sebelum ini, Feiya terikat dengan komitmen tajaan pakaian yang digunakan ketika membuat persembahan dan penggambaran video muzik.

Fieya mula berhijab kelmarin dan kini merasa lebih tenang dan selamat. Foto Ihsan Fieya Julia

“Mengikut perjanjian, Fieya mesti muat naik semua foto itu di media sosial. Jadi, Fieya tidak mahu apabila berhijab dan semua foto itu dipadamkan, ia menimbulkan rasa kurang senang penaja,” katanya kepada BH Online.

Namun, selepas nekad berhijrah, Fieya bukan sahaja berkongsi imej baharunya dalam media sosial, malah, memadam semua foto dirinya tidak bertudung.

“Fieya mula berhijab Jumaat lalu. Fieya memutuskan memadam semua foto Fieya yang tidak bertudung dalam semua media sosial. Gambar tidak bertudung dalam telefon bimbit pun Fieya padam.

“Fieya memohon kepada mana-mana pihak yang masih menyimpan foto Fieya yag tidak berhijab agar memadamkannya,” katanya.

Fieya turut memohon maaf kepada penaja kerana terpaksa memadam gambar penampilan lamanya.

“Namun, Fieya masih mahu bekerjasama dengan mereka dengan penampilan baharu,” katanya yang mula dikenali melalui lagu Perasaanku ini.

Berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya itu, penyanyi berusia 21 tahun ini mengaku bertemu ketenangan.

“Sebelum ini, Fieya selalu tertekan terutama hal yang membabitkan kerja. Tiada semangat dan mudah rasa kecewa tanpa sebab.

“Biarpun solat, Fieya masih rasa kekurangan dalam diri. Bagaimanapun, selepas berhijab, banyak benda negatif Fieya boleh kawal dengan tenang.

“Fieya juga semakin bersemangat dan rasa lebih selamat. Sebelum ini, sering rasa terganggu. Keadaan yang berlaku sekeliling ketika ini juga membuka hati untuk Fieya bertudung,” katanya.

Fieya berharap perubahan itu kekal dan memohon doa semua pihak agar dia tabah berdepan dengan cabaran mendatang.

“Cabaran berhijab bagi artis sangat besar. Malah, sampai sekarang rasa ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat itu timbul terutama apabila melihat foto lama.

“Disebabkan itu, saya padam foto tidak bertudung. Saya tidak mahu simpan. Saya juga mengelak kerap bermain dengan media sosial supaya tidak tergoda dengan foto lama.

“Fieya harap semua orang dapat doakan. Bukan sahaja kekal berhijab, malah menjaga penampilan mengikut syariat wanita bertudung,” katanya yang bakal muncul dengan single baharu berjudul Halusinasi, akhir bulan ini.

Pelakon jelita, Aprena Manrose mencuri perhatian peminat apabila dia tampil berhijab beberapa kali di Instagram sehingga menimbulkan andaian bahawa dia kini sudah berhijrah sepenuhnya.

Terbaru, pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini ada memuat naik hantaran mengucapkan rasa syukur dengan doa-doa peminat yang tidak putus-putus di Instagram sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa dia kini sudah berhijab sepenuhnya.

Saya baca DM semua yang mendoakan, teruskan berdoa. Terima kasih banyak-banyak. Syukur tak terhingga. Semoga doa berbalik kepada anda semua. Terima kasih Allah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis seperti Noorkhiriah dan Catriona Ross tampil mengucapkan tahniah di atas penghijrahannya itu.

Semoga Aprena terus istiqomah hendaknya!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://www.viralkini.allnws.com/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.