Alhamdulilah. Pm Tan Sri Muhyiddin Yassin Tak Jadi Letak Jawatan Pagi ni. Kekal Abah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra jam 8.07 pagi tadi.

Beliau dijangka mengadakan mesyuarat khas Kabinet yang dijadualkan jam 10 pagi ini.

Semalam media melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, semalam.

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyebut akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebaliknya mahu memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan inginkan negara segera pulih daripada COVlD-19.

Katanya yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu, dalam tempoh 17 bulan ini, Perdana Menteri mengumumkan bantuan berjumlah RM530 bilion bagi pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi semasa pandemik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber  : https://viralnews68.com/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.