Netizen Korek Balik Status Facebook Abang Arwah Siti Sarah, Dah Pula Kenapa Tu?

Beberapa status tulisan abang kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin yang pernah ditulis sejak tahun lalu tular di Twitter sejak semalam.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan pengguna media sosial Twitter, Ahmad Firdous pernah beberapa kali menyatakan pandangan mengenai pengambilan vaksin.

Di samping status Ahmad Firdous itu juga diletakkan bersama keadaan terkini dirinya yang turut menerima rawatan sebagai pesakit COV1D-19.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan netizen berkongsi semula pandangan Ahmad Firdous di ruang Facebooknya sebelum ini.

Untuk rekod, Ahmad Firdous dimaklumkan oleh Shuib dijangkiti virus berbahaya itu pada 11 Ogos lalu selang dua hari selepas pemergian Siti Sarah.

Ahmad Firdous kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang sehari kemudiannya namun dilaporkan telah kembali stabil pada Jumaat lalu.

Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COV1D-19, jam 5.13 pagi Isnin lalu.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung ny4wa 4kibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : gempak

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.