“Saya akan ditidurkan, maafkan semua”

Sungai Petani: “Saya akan ditidurkan, maafkan semua.” Itu hantaran terakhir dimuatnaik Muhammad Hanizam Azman, 30, di Facebook (FB) sebelum dia meningg4l dvnia akibat jangkitan Cov1d-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), semalam.

Allahyarham meningg4l dvnia empat jam selepas memuatnaik hantaran itu dengan ramai rakannya masih meninggalkan komen tanpa mengetahui dia sudah pergi buat selama-lamanya.

Muhammad Hanizam atau lebih mesra dipanggil Angah dalam kalangan keluarga serta rakan adalah seorang penyanyi dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009.

Allahyarham juga pernah dinobatkan sebagai johan Bintang Asli Remaja kategori lelaki yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah pada 2014.

Sepupunya, Khairul Hairuzi Osman, 36, berkata, pemergian Angah sangat dirasai kerana mereka berdua memang rapat sejak kecil namun dia reda dengan segala takdir yang ditentukan.

Menurutnya, dia dan Allahyarham tinggal bersama kerana rumah mereka di Kampung Teluk Nipah, Kuala Muda berhampiran selain mempunyai ikatan keluarga.

“Arwah seorang yang rajin bekerja, selain menerima undangan menyanyi saya dan Angah juga turut menjalankan perniagaan kedai makan di kampung.

“Malah, arwah juga cukup mesra dengan semua orang dan tidak pernah berkira langsung untuk menghulurkan bantuan sekiranya saya atau rakan dalam kesusahan,” katanya.

Menurutnya, dia dan Allahyarham ada memelihara seorang anak angkat lelaki yang kini berusia dua tahun dan sebelum meninggal dunia arwah berpesan supaya menjaga anak angkat itu dengan baik.

“Arwah yang masih bujang itu anak kedua daripada lima beradik dan semua ahli keluarganya dijangkiti Covid-19 dengan ada antara mereka masih menjalani kuarantin.

“Semua ahli keluarga sudah dimaklumkan pemergiannya kecuali ibu arwah kerana dia masih dirawat menggunakan bantuan oksigen,” katanya.

Menurutnya, mereka kali terakhir bertemu selepas dia menghantar arwah yang mengadu tidak boleh bernafas ke HSAH tiga hari sebelum itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : hmetro

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.