“Risau mak tertek4n kalau tak dapat cakap dengan anak” -Achey bimb4ng gagal hubungi ibu sejak Jumaat

KEADAAN kesihatan ibu pelawak Achey iaitu Ngaisah Hassan, 72, menunjukkan perkembangan positif selepas berdepan situasi mencem4skan pada Jumaat.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35, paras oksigen dalam badan juga semakin stabil dan kini berada di wad biasa.

“Setakat ini, keadaan mak yang saya tahu, dia ok dan kuat. Keadaan dia semakin baik termasuk kadar oksigen dia. Alhamdulillah dia masih dalam keadaan sedar.

Achey 1

Achey memberitahu adik ipar dan anaknya kini dibawa ke PKRC Kulai, Johor.

“Tidak dimasukkan ke ICU atau ditidurkan… cuma kadang-kadang demam. Dia pun tak boleh nak ke mana-mana dan mungkin tertekan la kot. Saya tengah cari jalan untuk hubungi mak saya.

“Saya pun tak ada dapat nombor telefon jururawat di situ. Apa yang saya boleh buat, hanya hubungi talian yang berhubungi ke kaunter wad sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Ibu ahli kumpulan Bocey ini dimasukkan ke Hospital Segamat, Johor pada 3 Ogos lalu selepas disahkan positif Cov1d-19.

Kalau saya tak dapat hubungi mak, saya akan hubungi kawan dia.

ACHEY

PELAWAK

Pada Jumaat, Achey menerusi laman Instagram berharap orang ramai mendoakan keadaan ibunya yang berada dalam keadaan tidak baik.

Dalam pada itu, Achey masih berasa bimbang berikutan tidak dapat menghubungi dan bercakap dengan ibunya sejak pagi Jumaat.

“Sejak pagi semalam selepas doktor hubungi saya sehingga ke hari ini, saya tak dapat nak hubungi mak saya. Dia dah dipindahkan ke wad lain.

“Macam sebelum ini, ada kawan-kawan dia yang tolong angkatkan panggilan telefon dan tolong borak dengan dia. Kalau saya tak dapat hubungi mak, saya akan hubungi kawan dia.

Achey 2

Ibu Achey disahkan positif Cov1d-19 sejak 3 Ogos lalu.

“Saya agak risau juga sebab mak saya ini cepat tertek4n kalau tak dapat borak dengan anak-anak dan tak nampak orang yang ambil berat fasal dia,” kata Achey.

Sebelum ini, Achey berkongsi khabar duka apabila tiga ahli keluarga iaitu ibu, abang dan kakak disahkan positif Cov1d-19 dan menerima rawatan di Hospital Segamat.

Achey turut memberitahu adik ipar iaitu Laila dan anaknya, Anaqi pula di bawa Pusat Kuarantin Dan Rawatan Cov1d-19 (PKRC), Kulai pada pagi Sabtu.

Selain itu, abang Achey sudah dipindahkan ke PKRC di Tangkak, Johor selepas dimasukkan ke Hospital Segamat manakal adiknya yang juga pelawak Natasha Hamzah kini dirawat di PKRC Johor Bahru.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mstar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *