[VIDEO] “Bukan jual beli barang terl4rang tapi ubat untuk lelaki” – Lan Pet Pet tak jadi s4man, tetap maafkan individu yang sebar fitn4h

SUSULAN d4kwaan dikatakan melakukan aktiviti menjual barang terlarang, pelawak terkenal Lan Pet Pet tampil men4fikan terlibat dalam kegiatan tersebut.

Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad sebaliknya hanya mengakui menjual ubat untuk lelaki.

Ujar Lan, dia yang pada mulanya ingin mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video berunsur fitn4h itu menarik semula hasrat tersebut selepas berbincang dengan peguam.

Malah pelawak berusia 52 tahun itu juga memberitahu dia sudah memaafkan individu dan sesiapa yang turut menyebarkan video tersebut serta mengec4mnya di laman sosial.

“Saya tak jual barang terl4rang seperti yang did4kwa… apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pada awalnya memang nak ambil tindakan.

Lan tampil menjejaskan mengenai video yang tular memperlihatkan dia seakan-akan melakukan aktiviti menjual barangan terl4rang.

“Tapi selepas berbincang dan mendapatkan nasihat peguam, saya tarik hasrat tersebut. Saya boleh teruskan saja tindakan itu sehingga menyebabkan individu tersebut perlu membayar jumlah yang besar.

“Tetapi saya ada belas kasihan dan enggan membiarkan reputasi saya tercalar. Lagipun saya sudah memaafkan individu dan semua yang menyebarkan video tersebut selain memfitnah saya,” katanya kepada mStar.

Lan yang juga ahli kumpulan lawak terkenal Senario itu ditemui di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Saya tak jual barang terl4rang seperti yang didakwa… apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki.

Pada 5 Ogos lalu, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan.

Menerusi rakaman video tersebut, individu tersebut yang didakwa seorang pelawak daripada sebuah kumpulan terkenal itu juga dilihat mengamuk apabila menyedari perbuatannya itu sedang dirakam.

Dia dilihat keluar dari kenderaan yang dipandunya dan terus meluru ke arah perakam.

Menerusi ciapan dalam Twitter yang telah dipadam, rata-rata netizen mula berteka-teki dan memetik nama Lan Pet Pet sebagai pelawak yang dimaksudkan.

Lan sudah memaafkan individu yang menyebarkan video serta memfitn4hnya.

Dalam pada itu, Lan menyedari terdapat segelintir pihak yang menganggap video yang tular itu merupakan salah satu gimik untuk dia menjual produknya.

“Saya tahu ada segelintir pihak yang menganggap apa yang berlaku hanya gimik untuk saya menjual barang. Tapi, ini bukan gimik! Saya tak perlukan gimik atau sebagainya untuk menjual produk saya,” ujarnya.

Tonton Video :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: Mstar & Media Mulia TV

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *