[VIDEO] Shuib Kongsi Maksud Lagu Nyanyian Terakhir Arwah Isteri, Menggambarkan Sangat Persis Dengan Perasaannya Sekarang

KUALA LUMPUR: Lima hari selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, pelawak dan pelakon, Shuib memuat naik video nyanyian terakhir penyanyi bersuara emas itu yang dirakam 28 Julai lalu.

Dalam video disediakan di bawah berdurasi 3 minit dan 16 saat itu, Allahyarham yang lengkap bertelekung menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku nyanyian asal Agnes Monica dengan penuh perasaan dan menmusuk kalbu.

“Lagu terakhir nyanyian bidadariku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib sebagai caption video tersebut.

Lagu yang berkisahkan hasrat seorang pencinta yang mahu bertemu kekasihnya yang sudah pergi ke negeri abadi itu seolah-olah menggambarkan isi hati Shuib yang merindukan isteri tercintanya.

Dalam video tersebut juga, kedengaran suara anak-anak pasangan bahagia itu sedang berseronok dan bergurau.

“The kids is just having so much fun anak-anak sedang berseronok,” kata Allahyarham sambil tersenyum manis.

Video yang dimuat naik sekitar 2 pagi tadi menerima pelbagai komen mengharukan daripada peminat yang turut merindukan bintang seni itu.

“Pemergian yang memberi kesan bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Pemergian Allahyarham lengkap dengan seribu satu makna.

“Penuh dengan pengajaran, m.otivasi, kesedaran dan kasih sayang. Semoga Syurga Firdaus tempat mu nanti Kak Siti Sarah Raissuddin. InsyaAllah Allahyarham boleh menghiburkan kita lagi di Syurga kelak,” komen Ajoi Zainal.

Jujurnya Rindu

“Hari pertama saya menjalani kehidupan tanpa arwah. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu arwah berada di h.ospital.

“Namun, kini, arwah sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini.

“Jujurnya, rindu amat berat terhadap pasangan pergi buat selama-lamanya,” luahnya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, kelmarin.

Meskipun zahir nampak tenang dan reda, Shuib berkata, ada kalanya t.ewas dengan emosi.

“Saya hampir menjadi orang tidak reda. Saya memang tidak boleh terima hakikat dan cuba menyedapkan hati dengan mengatakan arwah akan sembuh, sedangkan dia mend.erita.

“Namun, apabila saya mula reda dan ampun segala kes.alahannya, perjalanan terakhir arwah menjadi mudah. Saya bersyukur dapat solat jenazah, iringi perjalanan akhir ke k.ubur, masukkan j.enazah ke liang lahad dan tanam bunga di pusaranya.

“Selepas tujuh langkah meninggalkan pusara, saya menoleh semula. Waktu itu, timbul perasaan puas hati melepaskan arwah pergi dengan baik,” ungkap bekas penyampai radio Hot FM itu.

Walaupun terpisah di dunia, namun Shuib percaya, dia pasti akan bertemu bidadarinya di alam syurga.

“Kami tidak pernah berjauhan seperti ini, tak termimpi langsung. Tetapi, saya sudah berjanji untuk menjadikan arwah sebagai bidadari syurga, jadi saya perlu berk.orban.

“Hanya menunggu masa untuk kami kembali dipertemukan di syurga. Justeru, saya berharap Allah akan bimbing saya untuk menuju ke jalan diredai supaya dapat bertemu arwah,” pintanya.

Pemergian arwah dengan meninggalkan empat cahaya mata yang masih memerlukan kasih sayang ibu disifatkan Shuib sebagai cabaran besar buatnya.

Namun, demi janji yang dilafazkan, pelawak berusia 37 tahun itu perlu kuatkan semangat menempuh ujian mendatang.

“Menerusi perbualan terakhir bersama arwah, saya beritahu jangan risau. Saya akan pastikan z.uriat kami menjadi anak yang taat pada perintah agama.

“Arwah sudah melakukan yang terbaik sejak bergelar ibu. Malah, arwah sanggup k.orbankan diri demi melahirkan anak keempat.

Sebagai ketua keluarga, saya kena beri contoh baik pada anak-anak. “Saya kena tunjuk hebat kerana mereka mempunyai ibu yang kuat dan hebat. Sebelum ini, saya seorang yang j.ahil dan banyak melakukan d.osa.

“Jadi, inilah titik tolak saya berubah ke arah lebih baik untuk membimbing anak-anak,” kata Shuib.

Leave a Reply

Your email address will not be published.